facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya. Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu. - Tun Mahathir Mohammad

loading...




Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada Tun Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana Tun Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.

"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin.

Tun, bagaimanapun, dengan cepat berkata bahawa apa yang dikatakannya itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

"(Ini) tidak ada kena (mengena) dengan apa-apa. Saya (hanya) bagi contoh," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' anjuran NGO Prihatin.

Tun kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya.

Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu.



loading...

0 Response to ""Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya. Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu. - Tun Mahathir Mohammad"

Post a Comment