facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Akhirnya Pemimpin Veteran Umno Ini Terima Padah

loading...



Pemimpin Veteran Umno Ini Bakal Merengkok Dalam Penjara? Polis sedang menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blog beliau baru-baru ini mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini, laporan polis diterima "sehari atau 2 hari lepas" mengenai posting yang dikatakan menyerang peguam negara itu.


Beliau sebelum ini berkata, polis akan memulakan siasatan jika laporan polis dibuat berhubung perkara itu.



"Saya tidak pasti berapa banyak laporan dibuat tetapi ada laporan yang dibuat 1 atau 2 hari lepas. "Kami sudah memulakan siasatan kerana memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.


Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan fitnah dan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari, Dr Mahathir menyerang Apandi berhubung keputusan beliau tidak mendakwa perdana menteri, mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti.


Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan jika Malaysia mahu mendapatkan semula reputasinya.


Pemimpin Veteran Umno Ini Bakal Merengkok Dalam Penjara?


"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.


"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti," tulis Dr Mahathir.


Bekas perdana menteri itu sebelum ini mengkritik Apandi berhubung kenyataan beliau bulan lalu tidak akan mendakwa Najib dalam kes derma RM2.6 bilion dan syarikat milik Kementerian Kewangan SRC International Sdn Bhd kerana kekurangan bukti.


Beliau berkata, peguam negara bertindak sebagai hakim dan pendakwa dalam satu masa bagi kes itu. Beliau juga menuduh Apandi berada di bawah kawalan Najib.


Dr Mahathir juga mengkritik Apandi kerana menutup kes berkaitan penemuan Bank Negara Malaysia mengenai pengisytiharan tidak tepat 1MDB untuk pelaburannya di luar negara.


Sebelum ini, Dr Mahathir turut disiasat kerana memfitnah selepas membuat kenyataan padaperhimpunan Bersih 4 tahun lepas.


Sumber
loading...

0 Response to "Akhirnya Pemimpin Veteran Umno Ini Terima Padah"

Post a Comment