loading...
Mahkamah Majistret Ampang semalam diberitahu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 47, memecahkan iPhone isterinya, Rozana Misbun, 37, dengan membalingnya ke dinding. Rozana seterusnya berkata Awie bertindak sedemikian apabila dia menunjukkan gambar penyanyi itu bersama seorang perempuan menggunakan telefon tersebut.
Rozana berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwaraya Goh Ai Rene dalam prosiding perbicaraan semalam.
Klik gambar untuk size besar
Ai Rene memeriksa demikian berdasarkan keterangan Rozana semasa peguam bela Hazman Harun yang mewakili Awie bertanya pasal kewujudan iPhone 4 pada hari kejadian pada 2 Jun tahun lepas.
"Saya tak dapat merakam gambar menggunakan iPhone sebab ia telah dipecahkan oleh OKT sehari sebelum kejadian," ujar Rozana dipetik sebagai berkata.
Awie yang sedang menghadapi tuduhan mendatangkan kecederaan parah kepadanya.
Rozana memberi keterangan pada perbicaraan kes Awie yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya itu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Sementara itu Rozana juga mengatakan dia hanya memiliki satu sahaja beg berjenama bukannya banyak seperti yang dicadangkan oleh peguam sebelum ini.
Rozana juga menjelaskan dia berjanji untuk menjual beg bagi membayar balik wang OKT kerana takut akan dipukul lagi bagaimanapun dia tidak pernah membayarnya balik.
"Saya tak dapat membayar wang kepada OKT kerana tak sempat menjual beg beg kerana beg telah dirampas oleh OKT. Kesemua beg ditangan OKT selepas dia ambil selepas kejadian 2 Jun itu.
"Jumlah RM250,000 dalam akaun itu (ASB) bukanlah dalam bentuk tunai sebaliknya pinjaman yang akan matang pada 2016," jelasnya.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 13 Julai ini.
loading...
0 Response to "TUNJUK GAMBAR AWIE DENGAN WANITA LAIN - TELEFON ROZANA DIPECAHKAN "
Post a Comment