facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

DALAM DIRI AZWAN ALI ADA KEBAIKAN - AZNIL HJ NAWAWI

loading...





Disaat hampir semua rakyat Malaysia mengkritik beliau kerana isu memaki hamun peminat di Twitter dan menghina keperibadiaan Azwan Ali, namun seorang sahabat lama tidak mudah untuk melupakan kebaikan rakannya.

Menerusi Instagram miliknya Datuk Aznil Hj Nawawi, dia telah meminta agar orang ramai tidak menghina Azwan dan mendoakan yang baik-baik buatnya selain bercerita mengenai perkara baik tentang Azwan.

Klik gambar untuk size besar




"Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah sahabatku@divaazwanavazz Bertuah sungguh insan ini kerana sering dijemput Allah ke rumahNya setiap kali Ramadhan. Dalam kekurangan kita sebagai hambanya, Allah sahaja yang tahu kelebihan insan ciptaanNya. Kita yang menghina seseorang insan itu, cuba lihat di dalam diri kita, adakah kita mendapat kelebihan dan keistimewaan seperti itu? Kita senang menghina seseorang sedangkan Tuhan jadikan dia sebagai dugaan untuk kita. Bersabar kah kita dengan dugaan sekecil itu dan betapa ia menilai hati, minda dan mulut kita?

"Kalau tiada insan bernama Azwan Ali, dapat kah kita belajar dari kesilapan dan kekurangannya? Bersyukurlah dengan insan seperti dia kerana dia, kita banyak kutip pengajaran yang sangat bernilai. Doakan yang elok2 aje sebab pastinya adanya hikmah yang tersembunyi. Cuba tanya, adakah kejadian yang diturunkan itu satu ujian untuk Azwan atau untuk kita yang terlibat mengutuknya? Di sepuluh malam terakhir dan sepuluh hari terakhir Ramadhan, saya haramkan anda menurunkan komen negatif pada posting ini! Doakan yang elok2 untuk sahabatku Azwan Ali agar dia dan kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.





Untuk pengetahuan, Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil, keluarga paknil dan kesihatan ibu Paknil Norbaiti bila berada di tempat mustajab di Baitullah. Ramai yang maklum keadaan ibu Paknil yang uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum berangkat ke tanah suci, Azwan pasti tanyakan nama penuh ibu paknil untuk diangkatkan doa di hadapan pintu Kaabah dan di Raudah. Maafkan aku juga sahabat jika aku pernah mengumpat, menyakiti dan mengasari mu. Selamat pergi dan kembali dengan kemenangan. Amin," ujar Aznil di laman IGnya.

Dalam pada itu, Azwan dikatakan telah berangkat ke Mekah semalam bagi menunaikan umrah yang ke-8. Semoga Azwan diberkati Allah.




loading...

0 Response to "DALAM DIRI AZWAN ALI ADA KEBAIKAN - AZNIL HJ NAWAWI "

Post a Comment