loading...
Georgetown: Sebilangan pemandu dalam sebuah feri mendapat kejutan awal hari ini, apabila air tiba-tiba keluar dari geladak utama hingga mencetuskan keadaan kelam kabut.
Punca kejadian tidak diketahui namun gambar mengenainya dikongsi di Facebook dengan pengguna mempersoalkan insiden yang dianggap luar biasa itu.
Namun, Penang Port Sdn Bhd menyatakan ia menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukan luar biasa.
Dalam responsnya di Facebook, pihak berkuasa pelabuhan itu berkata pancutan air itu sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).
"Kru akan memeriksa paras air (di tangki) bila feri berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.
"Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan bila air sampai pada parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh.
"Lubang itu akan ditutup," katanya.
Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.
loading...
0 Response to "Cemas pancutan air dalam feri"
Post a Comment