facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Wow video pelancaran jersi berkualiti tinggi JDT memang menarik. MEMANG TERBAIK. KUALITI SUPERB !!!

loading...


Wow video pelancaran jersi berkualiti tinggi JDT memang menarik | Selepas mencipta fenomena dengan video pelancaran jersi yang berkualiti tinggi, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan warga media sosial dengan satu lagi video promosi. Video tiga minit itu bermula dengan adegan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos yang diceroboh oleh beberapa perompak bersenjata. Mereka dilihat melarikan beberapa bekas kaca yang menyimpan jersi rasmi pasukan.

Kehadiran para perompak dikesan oleh kamera litar tertutup dan petugas stadium segera menghubungi ‘pasukan keselamatan’ yang terdiri daripada pemain JDT untuk menyelamatkan keadaan. Selepas dua jam disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, video tersebut telah meraih lebih 334,000 tontonan dan 18,000 perkongsian.





Rata-rata netizen menafsir mesej yang cuba disampaikan oleh pemilik kelab Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai perisytiharan perang terhadap mana-mana pihak yang menjual atau membeli jersi ciplak. -Awani

P/S – Tak sedar dah tengok berulang kali

loading...

0 Response to "Wow video pelancaran jersi berkualiti tinggi JDT memang menarik. MEMANG TERBAIK. KUALITI SUPERB !!!"

Post a Comment