facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Dia Seorang Yang Kuat, Tidak Berdendam.. Dia Bukan Baru Dalam Bidang Ni. Kami Anak Beranak Sentiasa Di Belakang Beliau. - Luahan Hati Isteri Datuk Seri Ahmad Bashah Meruntun Hati. Paling Sedih Bila Anak Kecil Beliau.....

loading...




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) sebak ketika menziarahi pusara ibunya, Allahyarhamah Che Liah Hassan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari, semalam. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR – Datin Seri Hizam Awang Ahmad, isteri Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, menyifatkan suaminya sebagai seorang sentiasa berusaha dan tidak pernah putus asa berbakti kepada rakyat.


Hizam, 56; berkata suaminya yang dikahwini sejak 1981 itu sentiasa bersikap terbuka menerima apa sahaja teguran dan kritikan yang dilontarkan masyarakat terhadapnya.

Katanya walaupun sentiasa menerima kritikan negatif daripada masyarakat termasuk dalam krisis membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sejak 20 Januari lepas, namun beliau tidak pernah ambil hati atau berdendam dengan sesiapa.

“Dia (Ahmad Bashah) memang macam tu… Apa sekalipun kritikan yang diberikan, dia akan terima sahaja dan tidak pernah bersuara kerana sudah faham asam garam dalam bidang politik ini. Mana ada ahli politik yang tidak dikritik, jadi terima sahaja apa yang orang cakap.

“Dia seorang yang kuat, jadi ini (kritikan) tidak akan mematahkan semangatnya. Sejak muda dia terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ayahnya, jadi dia memang seorang yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Pingat di Istana Anak Bukit, Khamis.

Beliau berkata empat anak perempuannya, Anis Hafina (34); Amira Hazwani (29); Aliya Hanani (28) dan Azira Hafizah, 25, turut memainkan peranan dalam memberi sokongan padu kepada suaminya ketika berdepan saat sukar dalam karier politiknya.

“Mereka pun selalu bagi sokongan kepada dia supaya kuat dan kami juga telah mendidik anak-anak supaya jangan berdendam. Memang diakui ini merupakan dugaan dan kritikan paling teruk yang terpaksa diterima sepanjang tempoh 40 tahun penglibatan dia dalam bidang politik, namun kami sentiada berserah kepada Allah.

“Selain itu, ramai kenalan yang memberi kata-kata semangat yang banyak menasihatkan saya supaya banyak bersabar,” katanya merujuk kepada kritikan banyak pihak di media sosial terhadap Ahmad Bashah berikutan desakannya yang mahu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir digantikan.

Sementara itu, Anis Hafina yakin bapanya mampu menggalas tanggungjawab untuk mentadbir negeri dengan baik selepas diberi tanggungjawab oleh Sultan Kedah.

“Akhirnya kerja keras dia (Ahmad Bashah) selama 40 tahun dalam politik dihargai. Walaupun ramai yang mempertikai tentang kelulusan pelajarannya, saya yakin dengan pengalaman selama 40 tahun dalam bidang politik dia mampu mentadbir dan menyatupadukan rakyat Kedah,” katanya kepada Bernama.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata ayahnya memulakan kerjaya dalam bidang politik dari peringkat bawah dan tidak pernah patah semangat kerana semangat politik yang mengalir dalam darah dagingnya.

“Walaupun ramai yang melemparkan kritikan negatif, namun dia tidak pernah patah semangat. Kami pun sudah biasa dengan perkara itu kerana itu semua pendapat masyarakat dan kita tak boleh tutup mulut orang untuk bersuara.

“Mereka tak kenal dia secara peribadi, jadi kami sekeluarga tak pernah simpan dalam hati. Apa yang boleh kami lakukan ialah memberi sokongan padu kepadanya untuk terus tabah dalam mentadbir negeri,” katanya.

Ahmad Bashah, 66; yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit pada Khamis.

Beliau merupakan antara pemimpin UMNO negeri yang paling kanan apabila menjadi anggota ADUN Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995. Beliau juga pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama dua penggal sejak 1999 hingga 2008.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013, Ahmad Bashah dilantik sebagai Senator dan juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau melepaskan kedua-dua jawatan itu semalam selepas diumumkan menjadi Menteri Besar Kedah. – BERNAMA
loading...

0 Response to "Dia Seorang Yang Kuat, Tidak Berdendam.. Dia Bukan Baru Dalam Bidang Ni. Kami Anak Beranak Sentiasa Di Belakang Beliau. - Luahan Hati Isteri Datuk Seri Ahmad Bashah Meruntun Hati. Paling Sedih Bila Anak Kecil Beliau....."

Post a Comment