loading...

Selepas dikecam mengeluarkan kenyataan LPF tidak patut berfikiran sempit dan mengeluarkan guidelines drama/filem bagi adegan berpegang tangan dan berpeluk, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said muncul dengan lagu 'UMNO budak baik, Barisan Nasional Baik'.
Dalam video clip berdurasi 34 saat itu, Azalina dilihat sedang mencuba bakatnya rapping di sebuah majlis yang dipercayai di Johor baru-baru ini dengan artis hip hop, Joe Flizzow.
>> TONTON VIDEO <<
Lagu yang dirap oleh Azalina itu adalah lagu dari Joe Flizzow yang berjudul 'Baek'.
"Wah! Pandai juga menteri ini berapping bagai," kata netizen.
Berdasarkan lirik, "UMNO budak baik, Barisan Nasional baik," yang memuji-muji UMNO dan BN serta Johor adalah baik.
Video rapping Azalina itu 'diterima' secara baek oleh netizen yang tidak menyangka Ahli Parlimen Pengerang itu mempunyai bakat untuk rapping.
loading...
0 Response to "'UMNO BUDAK BAIK, BARISAN NASIONAL BAIK' - FULL VIDEO RAP Datuk Seri Azalina"
Post a Comment