loading...
CHINA - Kaki seorang lelaki terpaksa dipotong kerana kecederaan yang parah akibat terlekat di eskaltor di sebuah pasar raya pada malam 1 Ogos yang lalu.Dalam kejadian itu, mangsa berusia 35 tahun bekerja sebagai tukang cuci, sedang membersihkan eskalator berkenaan yang terletak di tingkat bawah ketika pasar raya itu sudah berhenti beroperasi.

Lapor Xinmin Evening News, kaki mangsa terperosok ke eskalator buatan Shanghai Mitsubhishi Elevator ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Mangsa yang cuba menarik kakinya semula gagal berbuat demikian akibat tersekat.
Orang awam yang melihat kejadian itu cuba memberikan bantuan, namun gagal menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada pasukan bomba.
>> TONTON VIDEO DISINI <<
Bomba yang datang ke tempat kejadian berjaya mengeluarkan kaki mangsa, namun kecederaan yang dialami terlalu parah dan mangsa serta merta dikejarkan ke hospital.
Menurut doktor, kaki mangsa tidak dapat diselamatkan dan mereka terpaksa memotong kakinya.
loading...
0 Response to "KAKI LELAKI DI RATAH ESKALTOR "BUAS" - FULL VIDEO NGERI"
Post a Comment