loading...
PUTRAJAYA - Baru-baru ini tersebar gambar pembayaran gaji seorang pekerja warga Bangladesh sebanyak RM5,000 di laman sosial. Walau bagaimanapun, ia bukanlah gaji sebulan seperti mana yang didakwa orang ramai.
Menurut jurucakap syarikat tersebut, pekerja berkenaan telah memaklumkan kepada syarikat yang dia mahu berhenti kerja dan pulang ke negara asalnya. Oleh itu, syarikat telah mengira semua gajinya bagi bulan Mei dan Jun termasuklah bayaran kerja lebih masa yang telah dibuat dalam tempoh dua bulan tersebut.
"Biasanya, gaji yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan. Namun disebabkan ada kerja lebih masa, menjadikan gaji yang diterima lelaki itu melebihi RM5,000.
Jelas jurucakap syarikat itu lagi, jumlah gaji pekerja bahagian pemunggahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu sebenarnya tidak timbul isu 'double standard' di antara gaji pekerja asing dan rakyat tempatan.
Gaji yang diterima oleh warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang telah diperuntukan termasuk kerja lebih masa yang mencecah sehingga RM1,700 itu.
Berkemungkinan lelaki itu banyak melakukan kerja lebih masa dari kakitangan yang lain untuk mendapatkan gaji setinggi itu.
loading...
0 Response to " 'RM5,000 BUKAN GAJI SEBULAN'"
Post a Comment