loading...
Sekarang kecoh dengan isu pekerja Bangladesh bergaji RM5,000. Mungkin ada yang mula semak penyata gaji masing-masing sama ada mampu menandingi gaji warganegara Bangladesh tersebut.
Bagi yang cemburu, mula mengamuk dan muat naik status di Facebook. Komplen dan terus komplen. Ada yang rasa tak logik. Tetapi apa yang aku nampak di sini ialah 'Hard Work Pays Off".
Ramai yang tahu ada di antara kebanyakkan pemuda bani Bangladesh ini berkelulusan U. Tetapi, mungkin disebabkan peluang pekerjaan di negara mereka tidak mencukupi atau gaji rendah mendorong mereka untuk mula merantau. Apabila mereka tiba di Malaysia, mereka tekad untuk bekerja kuat sedikit dan terpaksa berkorban tinggalkan anak dan isteri.
Keluar dari zon selesa walaupun ada diploma dan degree bagai. Datang sini, kerja kuat dan kerja apa saja yang tiada kaitan dengan sijil pendidikan yang diperolehi. Buat kerja lebih masa pula tanpa henti. Duduk pula di dalam satu rumah sampai 20 orang. Mereka berjimat cermat dengan makan bawang berguni-guni untuk gantikan sayur.
Orang kita pula, dapat bayaran gaji sebanyak RM5,000 komplen. Sana tak adil, sini tak adil. Buka nnak mengata graduan kita tetapi berapa ramai yang sanggup bersusah payah seperti pekerja warga Bangladesh itu? Kadang-kadang budak U kita ini terlalu manja sangat.
Fresh grad tapi nak gaji RM3,000. Demand tinggi walaupun skill tak tinggi mana pun. Bila mula kerj dan dapat gaji RM2,000 ke bawah terus mengeluh sambil komplen, RM2,000 mana cukup? Aku ada degree kot?".
Tetapi tangan tak berhenti membelek Facebook, chatting di What'sApp Group. Bila masa mereka nak buat kerja pun tak tahu.
Sanggup tak kerja kuat? Keluar dari zon selesa? Nak tinggalkan degree dan mula buat bisnes lagilah tak. Nanti ada yang kata, "penat-penat belajar, tak mahu kerja pula?". Padahal matlamat tetap sama iaitu duit. Yang rasa tak cukup sana sini, tak ada inisiatif ubah hidup.
Buat bisnes part time, cari income tamabahan dengan bermula dari bawah. Jadi promoter Streamyx TM di pusat beli-belah ke, ketuk pintu rumah ke rumah nak belajar sales punya pasal sampai pernah kena halau dengan pengawal keselamatan semasa menyelit risalah di kereta orang di Tesco Sg Petani.
Padahal ada degree. Buat-buat diet, konon tak makan nasi tetapi sebenarnya tak ada duit nak makan. Tibai roti canai kembang, nak buat alas perut.
Kalau kerja guna degree saja, memang masih tidak dapat menandingi jumlah bayaran gaji mereka. Dan sudah tentu ada yang tidak sanggup makan seguni bawang. Alhamdulillah segala pengalaman itu terbayar dan terbukti yang hard work pays off!
Sekarang mungkin bukan zaman komplen dah, juga mungkin bukan zaman kita patut patuh pada peraturan. Belajar tinggi-tinggi dan bila sudah ada degreet barulah dapat kerja yang bayaran gajinya besar dan hidup selesa.
Kita kena buat lebih daripada itu, itupun kalau nak rasa hidup senang dan ubah taraf hidup ke arah yang lebih selesa.
Kalau tidak mahu juga, mungkin patut biasakan diri seperti Pemuda Bani Bangladesh, makan bawang seguni untuk mengantikan sayur. - Moshed Mohamad
loading...
0 Response to " BANGLA DAPAT GAJI RM5K, GRADUAN MASIH KOMPLEN SANA SINI"
Post a Comment