facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Warga Singapura Di Gemparkan Dengan Penemuan Anak Patung Misteri. Kejadian Aneh Yang Turut Melibatkan KEMATIAN.

loading...





Pada bulan Jun 2014, warga Singapura digemparkan dengan penemuan satu anak patung yang bersandar sendirian di bawah sebatang pokok tepi jalan kawasan pekan Hougang, Singapura. Anak patung yang dibalut matanya dengan sehelai kain putih bertulis perkataan 'Bismillah'dipercayai telah ditinggalkan di situ oleh pemiliknya kerana dirasuk jin atau syaitan.







Desas-desus mengatakan mata anak patung itu dibalut untuk menghalangnya daripada pulang ke rumah pemilik asalnya, malah patung itu akan mengikut balik sesiapa yang membuka kain ikatan matanya. Dalam satu artikel laman media sosial lain, diceritakan bahawa adakalanya anak patung yang ditemui itu akan mengeluarkan suara dalam Bahasa Melayu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik dan suaranya mirip wanita dewasa.


Seorang pereka patung dari Los Angeles, Christie Bastet, mengaku bahawa dia telah menerima pesanan pembelian anak patung tersebut dari seorang warga Singapura. Dia berasa terkejut melihat anak patung yang dijualnya menjadi viral di media laman sosial Twitter kerana insiden pelik tersebut. Tambah Christie, dia tidak pernah menambah kain pembalut pada mata patung itu. Koleksi rekaan patung Christie boleh dilihat dalam akaun Instagram miliknya di sini: @christiecreepydolls









Ketika anak patung itu ditemui, berlaku kes kematian melibatkan seorang lelaki ditemui mati tergantung secara misteri di sebuah apartment berhampiran kawasan terbabit. Walaubagaimanapun, ramai yang enggan mengulas tentang kejadian tersebut dan menganggapnya sebagai satu kebetulan.


Pada tahun 2015, anak patung tersebut dilaporkan hilang tanpa kesan dan tiada siapa tahu di mana ia berada sehingga kini.

Namun begitu, siasatan menyeluruh oleh blogger eskrim20sen berjaya merungkai misteri kehilangan anak patung itu. Menurut blogger tersebut, seorang ustaz bernama Akhmudi Alkaff telah dipanggil untuk membuka balutan mata anak patung tersebut. Selepas memastikan tiada apa yang meragukan tentang anak patung itu, Ustaz Akhmudin meninggalkannya di bawah pokok seperti biasa. Dia percaya bahawa ada orang telah mengambil anak patung itu.










Adakah insiden anak patung misteri di Singapura merupakan gimik perniagaan Christie semata-mata? Walau apa pun, Singapura sudah cukup takut dihantui oleh anak patung berhantu Christie.









loading...

0 Response to "Warga Singapura Di Gemparkan Dengan Penemuan Anak Patung Misteri. Kejadian Aneh Yang Turut Melibatkan KEMATIAN."

Post a Comment