facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

VIDEO : Punca Kemalangan Ngeri Di Teluk Intan. 4 Maut. Kejadian Berlaku Petang. Yang Lemah Semangat Jangan Tonton Video Ini.

loading...





Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Noh @ Mat Noh Abdul Hamid , 64, yang memandu kereta, isterinya, Noriah Hashim, 57, dan anak perempuan mereka, Nurul Afiqah, 18.

Seorang lagi yang maut adalah anak saudara pasangan berkenaan, Lelawati Baharudin, 37.

Jurucakap Jabatan Bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.13 petang dan segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati dua mangsa tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Kemalangan membabitkan dua kenderaan itu turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda cedera dan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.

“Empat yang maut diserahkan kepada polis dan dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 8:53 PM



loading...

0 Response to "VIDEO : Punca Kemalangan Ngeri Di Teluk Intan. 4 Maut. Kejadian Berlaku Petang. Yang Lemah Semangat Jangan Tonton Video Ini."

Post a Comment