facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Sultan Aku Boleh. Sultan Korang Boleh? Seorang Netizen Cuba Bergurau Dengan Rakanya Mengenai Raja Beliau. Memang Hebat Raja Beliau

loading...



Sekitar jam 9.45 pagi hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu sendiri kereta api untuk kali kesembilan dari Stesen JB Sentral ke Segamat.


Tuanku dilaporkan berangkat dari Istana Pasir Pelangi dan tiba di Stesen JB Sentral kira-kira jam 9.30 pagi.


Sumber Berita Harian melaporkan, baginda memandu tren sewaan khas bagi perjalanan Johor Bahru-Kuala Lumpur dengan diiringi dua pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.


Sebelum memulakan perjalanan, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin telah mengetuai bacaan doa sebelum tren berkenaan memulakan perjalanan.


Perjalanan yang mengambil masa kira-kira empat jam itu menelusuri lapan stesen KTMB itu membabitkan tren enam gerabak dengan anggaran jarak sejauh 180 kilometer.


Untuk rekod, Sultan Johor memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 sejak 28 Jun 2010. Disepanjang perjalanan itu juga, baginda turut meninjau keadaan kebersihan dan kemudahan pengangkutan di laluan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
loading...

0 Response to "Sultan Aku Boleh. Sultan Korang Boleh? Seorang Netizen Cuba Bergurau Dengan Rakanya Mengenai Raja Beliau. Memang Hebat Raja Beliau"

Post a Comment