facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Sibuk Cari Kesalahan Orang Lain. Akhirnya Yb Rafizi Terkena Jua. Tapi Paling Rare Bila Beliau Bagi Jawapan Macam Ni.....

loading...

KUALA LUMPUR – Aktiviti pusat judi haram di kawasan Parlimen Pandan semakin berleluasa sejak kawasan itu dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2013.




Situasi itu mengundang kecaman penduduk beragama Islam ke atas Ahli Parlimen PKR yang dipilih mewakili kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Rafizi Ramli.

Ekoran desakan penduduk kian memuncak, Rafizi terpaksa mengakui perkara berkenaan, namun mendakwa tidak boleh bertindak kerana tiada bukti.

“Saya dapat aduan ‎mesin judi haram‬ makin berleluasa di Pandan. Saya hadapi kesukaran kerana tidak boleh bertindak tanpa bukti.

“Mereka ini pandai menyembunyikan kegiatan,” dakwa Rafizi bagi menjawab kritikan orang ramai melalui akaun Facebooknya, semalam.

Jawapan `cuci tangan’ Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu bagaimanapun dikecam netizen dengan pelbagai kritikan, sindiran dan keraguan.

Mereka mendakwa Rafizi, sama ada tidak pernah ambil tahu mengenai kebejatan sosial di Pandan kerana terlalu sibuk berpolitik atau ada `orang-orangnya’ yang melindungi kegiatan haram itu.

Pemilik akaun Facebook Ahmad Fareed memberi komen ke atas jawapan Rafizi, “Dah berapa lama jadi YB Pandan ni.. Alhamdulillah baru harini Tuan Rafizi perasan.. Semoga Allah terus membuka hijab Tuan Rafizi untuk melihat” manakala seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Nizaurdin Johari mencelah “Kehkehkeh..nampak sgt x pernah turun kawasan ko ni rapiji…berlambak3 kt pandan ni..”.

Pemilik akaun Facebook Sunny Sudayh menyindir, “Salam YB Rafizi Ramli, kalau nak buat aduan kedai mesin judi yang berlesen di Pulau Pinang kepada siapakah perlu diajukan? Nak complain dekat MBPP dorang yang bagi lesen.. Mohon pencerahan..”

Naim Kuzie Saleh pula berkata “cm mna nk setel yb..sedangkan orang yb sendiri yg backup benda ni..cait..tgk mcm pj sunway semua”.

Rafizi yang berang dengan komen-komen itu membalas “Cubalah awak jadi Ahli Parlimen, mana nak siasat judi lagi, mana nak jaga longkang lagi, mana nak kejar Najib Razak lagi”. – MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "Sibuk Cari Kesalahan Orang Lain. Akhirnya Yb Rafizi Terkena Jua. Tapi Paling Rare Bila Beliau Bagi Jawapan Macam Ni....."

Post a Comment