facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Anda Pasti Terkejut Dengan Apa Yang Akan Kami Paparkan. Puncanya Dari Gigi Yang Sakit.....

loading...





BANDAR SERI JEMPOL - Seorang lelaki sanggup mengambil dadah jenis syabu bagi menghilangkan sakit giginya selepas mencabut gigi pada hari Rabu lalu.

Lelaki berkenaan ditahan bersama empat lagi individu lain di lokasi berasingan namun di kawasan sekitar ladang kelapa sawit di Felda Lui Timur malam semalam lebih kurang jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Nor berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan ketika menjaga lembu di ladang berkenaan.

"Selepas diperiksa dia gagal menunjukkan kad pengenalan, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu.

"Dia merupakan bekas LLPK (Langkah-langkah pencegahan khas 1985), di Johor yang keluar pada bulan Jun tahun lalu, namun mengambil dadah semula kelmarin kerana sakit gigi dan mahu menghilangkan rasa sakit berkenaan.

"Manakala empat individu termasuk seorang perempuan berusia 20 tahun turut ditahan melalui operasi sama iaitu Ops Sarang selepas menemui 8 paket dadah dipercayai jenis heroin di sebuah khemah dekat kebun sama," katanya selepas mengesahkan laporan.

Noorzainy berkata,masing-masing berumur antara 20 hingga 48 tahun yang mana hasil pemeriksaan di sekitar khemah, polis menjumpai satu plastik di atas tanah dalam khemah.

"Plastik tersebut mengandungi 8 peket plastik lutsinar kesemuanya berisi bahan disyaki dadah berbahaya.

"Dadah tersebut dianggarkan berat 41.20 gram. Hasil saringan ujian air kencing pula masing-masing positif dadah jenis Heroin," katanya.

Noorzainy berkata, polis turut menyita sebuah motosikal jenis kriss dan sebuah kereta jenis Proton Iswara di bawah Seksyen 32 ADB (Perlucuthakan harta) 1988 Akta 340.

loading...

0 Response to "Anda Pasti Terkejut Dengan Apa Yang Akan Kami Paparkan. Puncanya Dari Gigi Yang Sakit....."

Post a Comment