facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu Apa Yang Gadis Ini Dapat Bila Wajahnya Dipuji Sendiri Fazura Dan Di Katakan Lebih Cantik

loading...





SELEPAS beberapa foto milik seorang remaja viral oleh kerana rupanya yang seiras selebriti popular Fazura, Nur Syazana Romli mengakui rezekinya semakin murah dan ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Shazana mula mendapat perhatian selepas pelakon Fazura meninggalkan komen mengakui rupa mereka yang seiras malah lebih cantik darinya di laman Instagram milik gadis ini.

Tempias popularitinya itu, Shazana kini menerima tujuh tawaran kerja oleh pelbagai syarikat yang menawarkannya untuk menjadi duta produk dan model pakaian Muslimah.

Menurut Shazana, wajah mirip Fazura yang dimiliki cuma kebetulan dan tiada niat untuk dia meraih populariti semata-mata.

"Sebelum foto di Instagramnya viral, ramai pengikutnya meninggalkan komen yang mengatakan wajahnya mirip Fazura, dan pelbagai tanggapan seperti adik fazura, pertalian saudara dan sebagainya muncul.

"Masih banyak perkara penting yang harus difikirkan dan diharap agar orang ramai tidak menganggap dirinya sengaja mencari publisiti murahan semata-mata ingin popular," katanya dipetik Era.fm.

Tambahnya lagi, perkara yang terjadi bukan permintaannya dan berlaku di luar jangkaan.

“Saya masih mentah dan masih banyak perkara yang perlu difikirkan, terutamanya pelajaran. InsyaALLAH, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar tidak lama lagi," ujarnya.

Dia kini mempunyai pengikut mencecah 50,000 laman sosial Instagramnya.
loading...

0 Response to "Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu Apa Yang Gadis Ini Dapat Bila Wajahnya Dipuji Sendiri Fazura Dan Di Katakan Lebih Cantik"

Post a Comment