facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

28 Keping Gambar Peribadi Angah Raja Lawak Bernikah. Wah Seronok Sakan Angah Ye. Umur Bukan Penghalang. Tahniah Angah !!!

loading...
Usia bukan penghalang!

Demikian juga dengan pernikahan pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, yang selamat dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya, Amira Asyura Abd Razak, 20, dengan sekali lafaz.

Meskipun berbeza usia 18 tahun, namun ia bukan penghalang untuk membina mahligai bahagia.





Untuk makluman, majlis pernikahan tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort sekitar jam 10.10 pagi tadi.

Dalam majlis meriah itu, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim yang menggayakan kurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Bagi dulang hantaran pula, pihak lelaki telah memberi enam dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.






Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, Kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.

Esok pula, satu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Tahniah diucapkan!







































































































loading...

0 Response to "28 Keping Gambar Peribadi Angah Raja Lawak Bernikah. Wah Seronok Sakan Angah Ye. Umur Bukan Penghalang. Tahniah Angah !!!"

Post a Comment