loading...
MUAR - Enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya, di Sungai Terap, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihak polis akan menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah yang terlibat.
"Pada masa yang sama kami telah menahan enam lelaki warga Nepal yang berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu di media sosial pula, netizen menyuarakan kekecewaan mereka yang berpendapat kes-kes jenayah yang semakin meningkat di negara berpunca dari kemasukan pekerja warga asing yang tidak terkawal.
"Bawa lagi warga asing ke Malaysia. Mana menteri yang kata warga asing lebih jujur dari rakyat Malaysia?" kata Mahman.
"Syabas untuk kerajaan Malaysia. Dulu kes pegawai bank kena tembak, sekarang kes kerani pula. Itulah, nak bawa sangat pekerja asing. Rumah aku sendiri pun dah kena rompak dengan orang Indonesia," kata Shah Dan.
loading...
0 Response to "CARA BELIAU MASUK RUMAH SANGAT MEMERANJATKAN PIHAK POLIS !!"
Post a Comment