loading...
Tragedi Pembantaian Manusia Perang Sampit Dayak VS Madura|Sekitar Februari 2001 telah terjadi satu peristiwa pertumpahan darah dan bersejarah di Pulau Borneo dengan pengkhususan lokasinya adalah di Kalimantan Tengah, Republik Indonesia.
Tragedi hitam ini telah meragut lebih kurang 600 nyawa antara suku Dayak Kalimantan dan juga bangsa Madura termasuk kanak kanak. Di dalam tragedi hitam ini juga telah melibatkan lebih dari 100,000 orang bangsa Madura yang telah kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi hitam yang menjadi paparan Borneo Oracle kali ini adalah apa yang dikenali sebagai Perang Sampit (Konflik Dayak Asli vs Madura).
Perang Sampit merupakan satu perang diantara 2 etnik di Kalimantan Tengah iaitu antara masyarakat pribumi Dayak dengan satu bangsa dari Pulau Madura yang dikenali sebagai bangsa Madura.
Punca tercetusnya perang berdarah.
Menurut ceritanya ketegangan antara 2 rumpun masyarakat Indonesia ini telah lama berlaku dan ianya menjadi semakin tidak terkawal sekitar 18 Februari 2001 apabila satu peristiwa yang melibatkan dua orang bangsa Madura diserang oleh masyarakat pribumi Dayak Kalimantan Tengah.
Kejadian ini berlaku di Sampit, Kalimantan Tengah dan kerana itulah ianya dinamakan Perang Sampit. Sebenarnya ada 1001 alasan mengapa perang ini terjadi dan kedua-dua pihak mahupun di pihak Dayak Kalimantan Tengah dan juga bangsa Madura mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dan kenapa perang ini harus meletus.
Mengikut sumber diceritakan bahawa asal kepada konflik ini adalah adanya satu peristiwa yang melibatkan pembakaran sebuah rumah dari etnik Dayak oleh bangsa Madura kerana satu perselisihan faham. Dan bertindak daripada itu etnik Dayak tersebut membalas dendam dengan membakar rumah-rumah di kawasan penempatan Madura di Kalimantan Tengah.
Dari versi laporan Professor Usop dari Persatuan Masyarakat Dayak Kalimantan pula menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh etnik Dayak pribumi adalah atas dasar ingin mempertahankan diri kerana ada sumber mengatakan bahawa bangsa Madura itu sendiri yang memulakan kerana kalah judi. Di dalam permainan judi tersebut salah seorang daripada etnik Dayak telah diseksa sebelum dibunuh oleh bangsa Madura kerana gagal menjelaskan hutang judi tersebut. Hal ini terjadi pada 17hb Disember 2000.
Perang Sampit ini bukan hanya terjadi di Sampit malah juga ianya merebak ke Bandar-bandar di Kalimantan yang lain contohnya di Sambas. Di Sambas ini tidak kurang juga jumlah penduduk Madura juga menghadapi nasib yang sama.
Di dalam Perang Sampit ini lebih kurang 100 kepala bangsa Madura berpisah daripada badan apabila etnik Dayak Kalimantan menjalankan perang memenggal kepala atau Ngayau yang juga merupakan salah satu daripada adat warisan Dayak sejak dahulu lagi. Walaupun adat Ngayau telah lama ditinggalkan namun apabila berperang ianya kembali semula dan siapa boleh mengatakan tidak kerana itulah budaya nenek moyang etnik Dayak yang amat digeruni oleh mana-mana bangsa manusia seantero dunia suatu waktu dahulu.
Akibat adanya pertelingkahan yang melibatkan nyawa telah memaksa pemerintah Republik Indonesia untuk menghantar sejumlah besar Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan juga Polis Indonesia untuk menjernihkan suasana.
Hanya selepas beberapa waktu barulah keadaan pulih seperti sediakala namun begitu bangsa Madura telah sama sekali tidak dibenarkan untuk tinggal di Kalimantan dan akhirnya memaksa mereka untuk meninggalkan bumi Kalimantan dan kembali ke Madura ataupun ke wilayah Republik Indonesia yang lain.
Hakikatnya banyak rentetan kepada peristiwa hitam ini terjadi tetapi yang menjadi punca sebenarnya adalah rasa tidak puas hati Dayak Kalimantan ini sebenarnya sudah berlaku lebih lama daripada itu kerana hakikatnya bangsa Madura bukanlah “orang asal” di bumi Kalimantan.
Gambar mangsa sekitar perang sampit
Beberapa tahun lalu video peperangan antara kedua suku ini pernah di muat naik dalam laman youtube yang berdurai lebih kurang 30 minit,namun tidak lama selepas itu video berkenan telah dipadam karena paparan video terlalu extrim dan menimbulkan ketakutan ramai.
loading...
ðŸ˜
ReplyDelete