facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

PEMANDU VIVA MENGGANAS!

loading...




Terserempak dengan Samseng Jalan Raya hari ini semasa memandu dalam perjalanan balik ke rumah dari kerja bersama dengan 2 anak perempuan saya yang berusia 7 dan 8 tahun.

Seperti biasa jalan sesak di Tol Kepong dan saya dihimpit beberapa kereta. Jadi saya cuba beralih ke lorong kanan (jalan ada 4-5 lorong tapi jadi 7-8 lorong bila waktu puncak) dan lelaki ini tidak mahu memberikan laluan kepada saya. Dia hentak cermin kereta ketika saya cuba menukar lorong.

Saya serta merta terus berhenti dan membiarkan dia jalan dulu tetapi dia menunjukkan isyarat jari tengah kepada saya. Dia juga memberhentikan keretanya di depan dan berjalan ke arah kereta saya.

Ketika itu saya cuba menenangkan anak-anak saya yang ketakutan dan tertanya-tanya mengapa lelaki itu cuba mengapa-apakan kami. Saya benar-benar ketakutan dan terus mengunci pintu kereta. Bimbang dia akan mengapa-apakan anak-anak saya.

Pada masa itu, lelaki berkenaan sudah berada di tepi kereta dan kedua-dua anak saya terkejut dan menangis. Dia menumbuk cermin kereta dan memarahi saya serta cuba membuka pintu kereta.





Pada ketika ini, anak-anak saya menjadi lebih takut dan begitu juga dengan saya sendiri. Takut dia akan pecahkan cermin kereta dan mencederakan kami.

Gagal membuka pintu kereta, dia kemudiannya menendang kereta saya. Kejadian itu berlangsung dalam 3 minit tetapi ianya satu jangka masa yang lama buat kami.

Sebelum berlalu pergi, lelaki itu sempat merakam gambar saya dan anak-anak yang duduk di bahagian penumpang belakang serta gambar kereta. Saya pun turut mengapai telefon dan merakam gambarnya tanpa menyedari no plate keretanya pula terhalang. Saya hanya mampu merakam satu gambar lelaki itu kerana bimbang jika dia ternampak, dia akan kembali mengapa-apakan kami.

Tak mengapa jika dia membuli saya seorang cuma saya lebih risaukan keselamatan anak-anak saya. Kepada pemandu wanita, pastikan pintu kereta anda sentiasa dikunci sepanjang masa. Untuk pengetahuan anda, teman wanita atau isterinya hanya duduk di dalam kereta sambil menyaksikan kejadian ini tanpa bertindak menenangkan lelaki ini walaupun dia ternampak ada anak-anak kecil di dalam kereta saya. - Natasha Choi Pooi Fah.

Ekoran kegagalan merakam no pendaftaran kereta lelaki berkenaan, rakan-rakan mangsa telah melakukan siasatan dan mendapati lelaki yang bernama Ak Machiavelli memuat naik gambar kereta mangsa di laman Facebook Group You Park Like An As-shole. Dakwanya, mangsa telah membulinya terlebih dahulu.

Antara gambar screenshot yang dirakam:



loading...

0 Response to " PEMANDU VIVA MENGGANAS!"

Post a Comment