facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'PAKAIAN TRADISI IBAN INI PASTI DILARANG MASUK PEJABAT KERAJAAN'

loading...





KUALA LUMPUR - Isu etika pemakaian pelawat dibangkitkan lagi dengan tindakan Ahli Parlimen Seputeh yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.

10 jam yang lalu, Teresa Kok memuat naik gambar dirinya bersama dengan 6 lelaki Iban berpakaian tradisi di laman Facebook dengan tujuan provokasi dan menggunakan sekumpulan lelaki itu sebagai alat untuk agenda politik kotornya.

"Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk ke pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang," katanya yang menghadiri majlis sambutan Hari Gawai dan Kaamatan di sebuah gereja bertempat di Shah Alam, semalam.

Orang Iban bukannya tidak cerdik untuk berpakaian seperti ini bila mana berurusan di pejabat kerajaan. Mereka tahu apa yang sesuai untuk dipakai dan tiada pula kes yang melibatkan kaum Iban diarahkan memakai sarung kerana berpakaian mencolok mata kecuali beberapa kes yang melibatkan kaum Cina sejak kebelakangan ini.

Akibatnya, netizen, khususnya dari Sarawak mengkritikan kebodohan Ahli Parlimen Seputeh itu kerana mempergunakan sekumpulan lelaki itu sebagai agenda politik sempitnya.




"Nampak sangat tak kenal orang Sarawak. Orang Iban dah tak pakai pakaian macam ini untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi. Teresa ingat orang Iban mundur sangat ke? Dah majulah!" kata Alwi Adam.
loading...

0 Response to "'PAKAIAN TRADISI IBAN INI PASTI DILARANG MASUK PEJABAT KERAJAAN'"

Post a Comment