loading...
Kepada rakan-rakan di Facebook.
Saya nak berkongsikan sebuah insiden yang berlaku pada diri saya baru-baru ini di KLCC.
Ahad, 5 Julai 2015, lebih kurang 12.40 tengah hari saya berada di Mango Boutique, terletak di ruang legar KLCC. Selepas membeli beberapa barang di Mango sekitar jam 1.20 petang, saya masuk pula ke Zara Boutique di tingkat yang sama tidak jauh dari Mango Boutique.
Semasa saya berada di Zara Boutique, sedang memilih-milih pakaian, saya menyedari seorang wanita berusia berdiri terlalu dekat dan menolak saya ketika sedang memilih pakaian.
Saya memandangnya dan beranggapan dia mungkin warganegara Thailand ataupun Indonesia.
Tidak lama selepas insiden itu, wanita itu hilang dari pandangan. Saya pula teruskan aktiviti memilih pakaian dalam lebih kurang 5 minit, barulah saya membuat keputusan untuk keluar dari Zara Boutique.
Kemudian saya pergi pula ke kiosk Mark & Spencer yang menjual coklat dan biskut, terletak di depan dan tidak beberapa jauh dari Zara Boutique. Setelah memilih beberapa barang yang diinginkan dan mahu membuat pembayaran pada juruwang, saya mendapati dompet saya hilang!
Saya segera kembali ke Zara Boutique dan memanggil manager yang bertugas pada waktu itu kerana saya teringat insiden yang berlaku di premis itu tadi.
Manager Zara Boutique segera memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Waktu yang dipaparkan di screen menunjukkan 1.33 petang dan pada ketika itu saya bukan dihampiri oleh seorang wanita, tetapi tiga wanita yang berada di situ.
Dalam rakaman itu juga menunjukkan salah seorang daripada mereka berjaya mencuri dompet saya dari handbag ketika saya sedang sibuk memilih pakaian di butik itu. Selepas mereka berjaya mendapatkan dompet saya, mereka bertiga segera keluar dari Zara Boutique.
Menurut Manager Zara Boutique, dia mengenalpasti wajah suspek berkenaan di mana salah seorang pelanggan mereka juga pernah menjadi mangsa mereka pada Sabtu 4 Julai 2015. Lebih teruk lagi, handbag mangsa itu dipotong, iPhone 6 dan dompet miliknya dicuri.
Setelah itu, manager Zara Boutique dan seorang pengawal keselamatan menemani saya ke pejabat pengawal keselamatan yang terletak di tingkat yang sama.
Semasa berjalan menuju ke pejabat tersebut, kami terserempak dengan seorang gadis Melayu dan dua orang rakannya (gadis inilah yang menjadi mangsa suspek pada Sabtu lalu). Dia berdiri di depan Chamelon dengan dua orang rakannya itu dan ternampak kami lalu menghampiri Manager Zara Boutique serta memaklumkan suspek berada di dalam Chamelon sedang menjerat mangsa baru mereka.
Mendapat maklumat itu, pengawal keselamatan KLCC menghubungi beberapa orang rakannya datang segera ke Chamelon untuk menahan suspek. Dua daripada suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.
Kedua-dua suspek dibawa ke pejabat pengawal keselamatan untuk disiasat. Suspek berasal dari Vietnam, dan mereka menyembunyikan banyak wang yang dicuri termasuk milik saya RM2,015 di dalam poket rahsia di seluar mereka.
Ketika itu, salah seorang daripada mereka cuba menawar wang kepada saya dan meminta agar dia dilepaskan.
Namun saya menolak kerana saya fikir mereka akan mengubah pula jalan ceritanya kelak ketika diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Pengawal Keselamatan KLCC telah menghubungi pihak polis dari Dang Wangi untuk membawa suspek ke balai untuk siasatan lanjut.
Dalam 15 minit sahaja mereka mengeluarkan wang dari dompet saya dan menyembunyikannya di poket rahsia serta membuang dompet saya entah ke mana sebelum pergi ke Chamelon untuk mencari mangsa seterusnya.
Kedua-dua wanita ini telah ditahan untuk siasatan lanjut. Salah seorang rakan mereka berjaya melepaskan diri. Menurut polis, kedua-dua wanita itu menafikan dakwaan mencuri dan dilaporkan telah memasuki negara ini pada 3 Julai 2015.
Sekarang, saya tidak pasti sama ada mereka akan dibebaskan atau apa tindakan seterusnya dari pihak polis terhadap mereka. Rakaman CCTV juga sudah membuktikan mereka berada di Zara KLCC pada 4 dan 5 Julai di mana kedua-dua kes kecurian itu berlaku. - Jannah Adam Thevan
loading...
0 Response to "'MUKA CANTIK TETAPI MENCURI DI KLCC'"
Post a Comment