loading...
Saya masih belajar di kolej. Ulang alik dari kolej ke rumah setiap hari, jarak 40 kilometer dan perjalanan selama 30 minit.
Suatu malam, saya ada aktiviti di kolej. Selepas aktiviti, saya lepak dengan kawan-kawan di sebuah kafe sebelum pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, saya memandu kereta di jalan yang agak sunyi dan jarang digunakan.
Sampailah ke lampu isyarat, datang sebuah kereta Proton Wira berwarna biru gelap, nombor pendaftaran tak pasti, dan langgar belakang kereta saya.
Impak tak kuat mana pun, tetapi cukup syarat untuk membuatkan kita keluar dari kereta. Kemudian, keluar dua orang lelaki India dari kereta itu dan mengetuk tingkap kereta saya.
"Keluar, keluar!"
Bagaimanapun, saya enggan menurut arahan mereka. Hanya buka sedikit cermin, cukup untuk dengar apa yang lelaki itu mahu katakan. Tetapi, dia tetap juga menyuruh saya keluar.
Saya minta selesaikan hal ini di balai polis, tetapi mereka berkeras mahu selesaikan di situ juga.
Dalam masa yang sama, saya sempat mengundurkan kereta untuk melihat sama ada kesan pelanggaran itu teruk atau tidak. Apa yang saya nampak, tidaklah seteruk mana. Nombor plat dia juga tidak patah dan tak nampak apa jua kerosakan.
Jadi, serta merta saya mengesyaki dua lelaki ini cuba menyamun saya. Tiba-tiba, datang dua orang lagi rakan mereka dengan membawa senjata yang saya fikirkan besi ataupun parang. Saya terus pecut kereta dengan laju dan terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan.
Saya syak mereka telah mengekori saya dari kafe tadi. Polis juga memberitahu ada sindiket samun kereta mewah sedang bergiat aktif di kawasan itu. Kebetulan pula saya pada ketika itu memandu kereta milik ibu, Toyota Vellfire.
Saya pasti mereka cuba menyamun saya.
Jadi, kepada pengguna jalan raya yang lain, berhati-hatilah dan jangan sesekali keluar dari kereta (terutamanya perempuan) jika mengalami kejadian seperti ini. Buka sedikit tingkap cukup sekadar dapat bersoaljawab.
Jangan berhenti di jalan yang sunyi, sebaliknya pergi ke tempat yang ramai orang dan pastikan keadaan benar-benar selamat. - HAFIZ PETER

0 Response to " 'KELUAR DARI KERETA! KELUAR!'"
Post a Comment