facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'JANGAN JADI MANGSA LELAKI PENIPU INI!'

loading...




Mohon identiti saya dirahsiakan.

Baru-baru ini, saya ada buat renovation untuk kedai saya. Saya menggunakan khidmat seorang kontraktor yang bernama Akil. Pada mulanya semua berjalan lancar, saya berpuas hati. Mana-mana kerja yang sudah selesai, saya bayar kepada beliau.

Akan tetapi, kerja-kerja mula perlahan di pertengahan construction dan macam-macam kes yang terjadi. Akil bergaduh dengan pekerjanya. Pekerja dia mengadu tidak dibayar gaji selama menyiapkan kerja di tapak.

Para pekerjanya juga mengadu kepada saya yang mereka hanya survive dengan makan nasi dan bawang sahaja. Adakalanya juga mereka tidak makan! Mereka beranggapan yang kami tidak membayar Akil.

Ketika kerja construction berbaki 15%, kontraktor tersebut telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Saya akhirnya nekad membuat laporan polis kerana merasakan diri saya telah ditipu.

Sudahlah lari dengan wang, pekerja dia pula tidak dibayar gaji. Sekarang pula, bermacam-macam masalah yang timbul, sebab rupa-rupanya kerja yang nampak siap di luar hanyalah untuk mengaburi mata kami untuk menutup kecacatan workmanship.




Semalam paip pecah menyebabkan air melimpah-limpah dan menyebabkan siling pecah. Bumbung yang dibaiki masih bocor, tingkap yang diganti tiris air, dan bermacam-macam lagi masalah.

Saya harap anda berhati-hati dengan individu ini. Namanya Akil, kononnya seorang kontraktor. Hakikat yang sebenarnya, dia adalah penipu dan kaki putar belit.

Duit sudah diberi, kerja tak siap! Janji kerja nak siap dalam tempoh dua minggu, dua bulan pun tak siap lagi. Kami telah buat laporan akan penipuan Akil ini di balai polis. Kami yakin, ramai yang telah menjadi mangsa Akil berikutan skill yang digunakannya sangat licik.

Kawasan operasi: sekitar Kerteh, Paka, Kijal, Meraga Beris, Kemaman, Jengka, Pekan, Kemasik dan kawasan sekitar.











Jika anda juga pernah ditipu oleh Akil, kami memohon agar anda tampil ke polis untuk membuat report. Ini kerana jumlah report yang dibuat ke atas lelaki ini mampu mengubah pandangan polis untuk lebih serius memandang kes ini.

Jangan terlibat dengan Akil atau anda akan ditipu hidup-hidup! - PENGADU
loading...

0 Response to " 'JANGAN JADI MANGSA LELAKI PENIPU INI!'"

Post a Comment