loading...
JOHOR BAHRU – Gara-gara bersikap kurang ajar dan meningkari arahan daripada pegawai Imegresen, tiga anak beranak warga Singapura ditahan ketika cuba memasuki sempadan di pintu masuk.
Quek Chin Fern, 42, dan dua anaknya, Miguel Lim, 19, dan Chery Isabella Lim, 18 telah ditahan dalam kejadian jam 3.30 petang, Jumaat lalu kerana enggan memberi kerjasama kepada pegawai terbabit untuk menurunkan tingkap kenderaan bahagian belakang.
“Pegawai yang bertugas minta kerjasama untuk turunkan tingkap bahagian belakang disebabkan tingkap gelap. Namun pemandunya enggan berbuat demikian lalu memarahi dan memaki hamun pegawai berkenaan.
“Setelah puas memaki hamun pegawai terbabit, wanita itu menurunkan tingkap dan anaknya di belakang kereta dengan sombongnya telah memberikan isyarat lucah terhadap pegawai tersebut,” kata sumber yang menggunakan akaun nama Pokok Tumbang di laman Facebook.
Ekoran kebiadaban yang tidak dijangkakan itu, maka berlakulah perbalahan. Tiga anak beranak itu diarahkan keluar dari kereta, sekali lagi mereka enggan mengikuti arahan dan membunyikan hon untuk memprovokasi pegawai tersebut.
Ketiga-tiga mereka telah ditahan dan dihantar ke pejabat sebelum dihantar ke longkap. Bagaimanapun, sekali lagi pemandu berkenaan telah menuduh pegawai Imigresen terbabit cuba meminta sejumlah wang dari mereka bagi tujuan memburukkan pegawai berkenaan.
Kereta milik pemandu wanita itu jenis BMW523i berwarna hitam dengan nombor pendaftaran SLC968A juga telah disita di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63.
Berdasarkan perkongsian netizen, Quek Chin Fern pernah terlibat dalam beberapa kes yang serius.
Pada 2012, wanita itu pernah menikam suaminya ketika mendapatkan rawatan di hospital kerana cecair asid telah terpercik pada kemaluannya selepas didakwa mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Pokok Tumbang
loading...
0 Response to "Biadap Dengan Imegresen, 3 Beranak Warga Singapura Ditahan Dan Dilokap"
Post a Comment