facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Mati dalam kereta di R&R Simpang Pulai

loading...

Ipoh: Seorang lelaki ditemui mati dalam kenderaannya yang diparkir di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Lebuhraya PLUS arah utara pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Azman Ab Wahab, 54, ditemui orang awam dalam kereta Perodua Alza yang enjin masih hidup dan berkunci sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Isteri mangsa Roslaini Shahidan, 54, berkata dia mendapat maklumat mengenai suaminya itu daripada bomba kira-kira 11 pagi.

Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang bersendirian ke Sungai Petani, Kedah, selepas cuti beraya di kampungnya di Kuantan, Pahang.

"Suami ada menghantar mesej kepada anak kira-kira 1 tengah hari semalam, memberitahu sudah memasuki lebuh raya namun keadaan trafik sesak.

"Mungkin kepenatan, dia berhenti rehat dan tidur di R&R berkenaan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini sebentar tadi.

Roslaini berkata, pihak hospital memberitahu punca kematian suaminya disebabkan saluran darah paru-paru tersumbat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung suaminya di Kuantan untuk dikebumikan.

Bernama melaporkan Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng Nor Zamri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 10.29 pagi daripada seorang pekerja stesen minyak.

Nor Zamri berkata anggota bomba terpaksa memecahkan cermin sisi kanan sebelah belakang kereta yang terkunci untuk mengejutkan mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah mati - Hmetro

Al-Fatihah Untuk Arwah Dan Takziah Buat Keluarga Arwah.. Semoga Tabah Menghadapi Ujian Dari Allah... Amin



loading...

0 Response to "Mati dalam kereta di R&R Simpang Pulai"

Post a Comment