facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

AL-FATIHAH.. AZNIL HAJI NAWAWI KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG BUAT SELAMA-LAMANYA, SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH..

loading...
KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi kehilangan ibu tercinta, Norbaiti Surur jam 12.56 pagi tadi kerana sakit tua. Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada usia 90 tahun. 



Berita sedih itu dimaklumkan sendiri personaliti TV berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. "Ibu saya meninggalkan kami pada 22 Ramadan 1437. Harap dapat sama doakan kesejahteraan arwah ibu saya di sana. Al-fatihah," katanya.

Berita sedih tersebut turut dikongsi Aznil menerusi akaun peribadi Instagramnya.


“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah.”

 Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat hari ini sebelum waktu Zohor. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan 4 cicit.





loading...

0 Response to "AL-FATIHAH.. AZNIL HAJI NAWAWI KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG BUAT SELAMA-LAMANYA, SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH.."

Post a Comment