facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Ini Cerita Sebenar Mangsa Mati Terhempap Tong Gas Seberat 920kg. Memang Tragis. Siapa Sangka Dia

loading...





Ipoh, 10 Feb - Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang olehnya terbabit dalam satu kemalangan dengan lori yang membawa muatan gas jenis 'Methyl Chloride' sebelum dihempap salah satu tong gas berkenaan yang dianggarkan seberat 920 kg di Jalan Lahat dekat Menglembu Bestari di sini pada petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Cheah Seaw Oon@Cheah Seaw Oow,





65, maut di tempat kejadian.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ismail Darus, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima oleh pihaknya pada jam 5.27 petang dan satu jentera dan ambulans EMRS dihantar ke lokasi kejadian sebaik.

Sebaik tiba, pihaknya amendapati mangsa tersepit di bawah tong gas tersebut.

Tambahnya, anggota bomba meminta bantuan trak tunda untuk menarik tong gas berkenaan dan mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

"Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa maut sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Tong gas berkenaan bocor sedikit, namun ia tetap berbahaya kerana gas berkenaan mudah meletup. Langkah pencegahan awal sudah diambil termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) yang sudah bersiap sedia untuk ke lokasi sekiranya diperlukan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.










loading...

0 Response to "Ini Cerita Sebenar Mangsa Mati Terhempap Tong Gas Seberat 920kg. Memang Tragis. Siapa Sangka Dia"

Post a Comment