loading...
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah adalah antara tiga yang akan bertemu dengan Adun BN di Wisma Darul Aman, petang Isnin.
BACA : BERITA GEMPAR DARI ISTANA DI RAJA KEDAH !!!
ALOR SETAR – Penantian bermula bagi wakil media yang berkumpul di luar kawasan Wisma Darul Aman di sini untuk liputan pertemuan antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Kira-kira 40 wakil media berada di kawasan itu untuk bersiap sedia kerana pertemuan itu dijadualkan berlangsung pada 2 petang, Isnin.
Pada pukul 2.15 petang, kereta Toyota Alphard berhenti dan beberapa lelaki mengagihkan bungkusan nasi kandar dan air mineral.
“Daripada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,” kata pemilik restoran Nasi Kandar Simpang Ampat yang popular di sini, Ramli Hassan.
Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata dijangka dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beberapa kenderaan rasmi kerajaan negeri dipercayai membawa wakil rakyat terlibat mula memasuki pekarangan Wisma Darul Aman. – mStar Online
loading...
0 Response to "Berakhir Sudah Penantian MB Kedah Apabila..."
Post a Comment