facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Lagi Permintaan Pelik Dari Datuk Seri Vida. Beliau Minta Jaring Gawang Gol Pula Warna PINK???? Biar Betul Ni Datuk Seri. Kita Nak Main Bola Je. Bukan Jual Produk Dalam Stadium....

loading...


DATO VIDA MINTA JARING GAWANG GOL TUKAR WARNA PINK. Hahahaha... kena gelak dulu sebab aku memang nak tergelak sangat. Aduhai.. pening kepala KAFA nak melawan kerenah pink Dato Seri Vida ni tau. tak habis2 dengan pink. Sebenarnya dia nak menaikkan reputasi Pasukan Bola Sepak The Red warrior ke dia nak jual produk dalam stadium ni?? Permintaan rasanya dah makin merepek.. Lebih kepada bisnes dia bukan untuk menaik taraf mutu Pasukan The Red Warrior.






Aku rasa kalau di layan kehendak Jutawan nan sorang ni.. Tak mustahil ada lagi benda merepek dia akan minta nak buat. Gamaknya masa baby dulu orang kena demam kuning dia kena demam pink kot. Kesian la kat lelaki lelaki gagah perkasa di tengah padang tu wei.. Semua pink depa pun dah nampak sweet sangat. Bagi la something yang menyerlahkan sikit 'warrior' tu. takkan semua pun nak pink. Jangan nanti tetiba bila dia tengok jaring gawang gol warna pink tak matching dengan rumput warna hijau.. Dengan rumput2 pun dia nak cat warna pink jugak.



Sumber Mstar



Aku rasa nanti dia akan sponsor kasut bola pink untuk the red warrior.. Sebab dia nak warna tema produk dia tu menyerlah di setiap pemain pasukan The Red warrior. Tapi takpe la.. kasut je kot katanya. Mesti penyokong dato seri vida akan cakap camtu. Stadium je kot.. jersi je kot.. jaring gawang gol je kot.. Alih2 sudahnya semua tukar warna pink. The Red Warrior hilang Red nya. hehehee. Yelah.. sapa je dia taja auto semua kena kerah jadi duta produk dia. Memang tak ada pilihan lain dah la..

Dato Vida.. Berpada pada dalam meletakkan syarat atau membuat permintaan. Sudah sudah la dengan kontroversi murahan.. tak berapa kena dengan imej jutawan tu. Tapi kalau dia nak sponsor sorang sebijik kereta ni kat pemain The Red Warrior ok la jugak kan. Bila depa bawak kereta dia sekaligus mempromosikan produk dia. Ada berani ke Dato taja kereta ni kat The red Warrior 


Dato alif syukri bakal taja pasukan kedah hope tiada syarat atau permintaan yang merepek & tak masuk akal. Jangan sesekali tukar tema hijau kuning tu yer.. Tu lambang negeri kami bukan sahaja lambang pasukan kedah. Identiti kami jangan di ubah tapi boleh di buat pembaharuan dari segi lain.
loading...

0 Response to "Lagi Permintaan Pelik Dari Datuk Seri Vida. Beliau Minta Jaring Gawang Gol Pula Warna PINK???? Biar Betul Ni Datuk Seri. Kita Nak Main Bola Je. Bukan Jual Produk Dalam Stadium.... "

Post a Comment