loading...
PEMILIK restoran Me’nate Steak Hub menafikan sekeras-kerasnya gambar tag harga daging stik ‘mahal’ yang dihidangkan kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di Seri Perdana, yang kini viral di media sosial.
Mustaffa Osman dalam satu muatnaik di Facebook menegaskan, tanda harga pada daging yang tersebar itu adalah palsu dan tidak terdapat dalam sistem inventori mereka.
Tanda harga dan nota yang disebarkan juga katanya, tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan di kesemua Mena’te Steak Hub selain mempamerkan kod bar berlainan.
Selain itu, gambar chef yang diedar bersama dakwaan tersebut tidak pernah bekerja dengan Me’nate.
Susulan itu pihaknya sedang mengenalpasti tindakan undang-undang bagi mengheret mereka yang bertanggung jawab jika perbuatan fitnah ini diteruskan.
Berikut, luahan penuh pemilik Me’nate berhubung isu ini:
“Me’nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me’nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan..Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal.Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain.Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me’nate.. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini. Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan”
loading...
0 Response to "HENTI SEBAR FITNAH !!!! Me’nate Nafi Caj Daging Stik Harga Melampau Kepada PM. Ikuti Penjelasan Pengurusan Syarikat Berkenaan Dan TIndakkan Yang Bakal Di Ambil"
Post a Comment