loading...
Hanya gara-gara bercuti bersama Iqram Dinzly di Thailand, pelakon Uqasha Senrose dilabelkan sebagai hipokrit oleh segelintir pihak yang tidak senang hati melihatnya berpakaian seksi di sana.
Malah sebelum inipun, ada pihak yang menyebarkan khabar angin mendakwa mereka pernah terlihat Uqasha Senrose ke kelab malam hanya dengan bertopi... tetapi pelakon itu menafikannya.
Terkini, melalui ruangan Desas Desus dalam akhbar sisipan Berita Harian, Uqasha berdepan situasi sulit dan harus menjelaskan mengenai imejnya yang tersebar ketika di Thailand itu.
Lapor akhbar tersebut, Uqasha dan adik beradiknya yang lain telah bercuti bersama Iqram Dinzly di Koh Lipe, sebuah pulau peranginan di Thailand ketika sambutan tahun baru. Apa yang mengejutkan, gambar yang dikirim kepada media melihatkan Uqasha tampil tidak bertudung selain berpakaian menjolok mata sehingga menampakkan pusat yang bertindik.
Jika diimbas kembali kenyataan Iqram, dia menyatakan bahawa mereka hanya berkawan biasa selain menganggap Uqasha seperti adik kerana jarak usia yang berbeza. Oleh itu, tak mungkin mereka pasangan kekasih ye tak?
Apa yang pasti, mereka mungkin ada jawapan tersendiri dalam perkara ini. Bak kata orang, semua orang ada melakukan kesilapan... tak gitu?
loading...
0 Response to "Berpakaian Menjolok Mata Sehingga Menampakkan Pusat Bertindik. Uqasha Dituduh POYO YANG HIPOKRIT Kerana Sering Pertahan Diri Wanita Islam"
Post a Comment