facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

(VIDEO) 'PATUTLAH TAKUT PERGI SEKOLAH, RUPANYA ANAK SAUDARA SAYA DIBULI!'

loading...
Sebelum ini saya selalu melihat video-video buli orang lain. Tak sangka pula hari ini anak saudara terdekat saya, darah daging saya sendiri pula dibuli.

Ini bukan video palsu, ini video asli yang diambil daripada salah seorang daripada mereka yang membuli mangsa. 

Budak-budak yang terlibat adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Panchor, Jerteh, Besut, Terengganu. Pelajar yang terlibat hanya berusia dari 10 - 12 tahun.

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali mangsa dibuli. Lokasi biasa, di surau sekolah. Mentang-mentang mangsa berdiam, korang pula buli, sepak terajang dia. Setiap hari mereka meminta duit dari mangsa. Kalau tak bagi, mangsa akan dipukul. 

Setiap hari juga mangsa diugut agar tidak memberitahu sesiapa yang dia dibuli. Jika tidak, dia akan dipukul oleh mereka. 



Patutlah mangsa sejak darjah 4 dan 5 dulu asyik meminta ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi tak mampu nak memberitahu alasan sebenar dia meminta ditukarkan sekolah.

Hati ayah dan ibu mana yansg tidak terasa melihat anak kesayangan mereka dipukul dan disepak.  Selama ini, mangsa pergi ke sekolah dengan perasaan ketakutan. Nak beritahu kepada ibu bapa pun tak berani. 

Pernah sekali mangsa mengadu pada ibu dan ibu terus melaporkan perkara itu kepada guru sekolah. Namun aduan si ibu hanya dipandang ringan sahaja. Mengetahui rahsia telah dibocorkan, sekumpulan pembuli itu kemudian bertindak memukul mangsa. 

Guru-guru di sekolah pun tidak ambil peduli sangat dengan kes buli di sekolah sedangkan budak-budak sekolah rendah saja. Pelik. 

Harap ramai yang dapat viralkan video ini agar sekumpulan pembuli itu tidak membuli pelajar yang lain dan juga agar ibu bapa pelajar yang lain serta guru sedar akan apa yang berlaku pada anak didik merekai ini. - Nor Hazila.


loading...

0 Response to "(VIDEO) 'PATUTLAH TAKUT PERGI SEKOLAH, RUPANYA ANAK SAUDARA SAYA DIBULI!'"

Post a Comment