loading...
SATU latihan mencegah jenayah yang sedang dijalankan Pasukan Polis George Town, Pulau Pinang pada 12 Nov lalu bertukar menjadi tragedi apabila dua pegawai polis cedera dibelasah semasa melakonkan aksi ragut.
The Star Online melaporkan, insiden berkenaan menyebabkan Koperal Zulkifli Mohamad, 34 dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 mengalami bengkak pada kaki dan tangan.
Ketika kejadian anggota polis terbabit sedang berlakon sebagai peragut yang kononnya keluar secara tiba-tiba lalu merampas beg tangan seorang wanita dan melarikan diri.
Seorang lelaki yang melihat apa berlaku kemudiannya, bertindak mengejar dan memukul kedua-dua anggota polis itu dalam usaha menghalang mereka daripada melarikan diri tanpa mengetahui ia adalah hanya satu latihan polis yang dilakukan secara olok-olok.
Setelah mengetahui apa sebenarnya berlaku, lelaki tersebut berkata, “Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan sangka ianya benar-benar berlaku. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab.”
Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki tersebut telah memohon maaf dan dibebaskan tanpa sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Latihan polis dijalankan seperti biasa selepas itu dan anggota polis yang cedera diarahkan berehat..
Dalam pada itu, kes curi dan ragut masih menjadi masalah besar di Pulau Pinang dengan 614 kes curi motosikal dilaporkan antara 1 Jan dan 10 November, berbanding 756 kes dalam tempoh sama tahun lepas. -MYNEWSHUB.CC
loading...
0 Response to "POLIS KENE BELASAH AKIBAT "MERAGUT" - LAWAK KING"
Post a Comment