facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Isu Semasa :- Pelanggan McDonald's Kecoh Gara-Gara Set Terakhir Nanoblock Ini. Apa Yang Best Sangat Ni. Sampai Panggil Polis Tu.. Mc Donald Nyer Pasal. Huhu

loading...

MUAR - Hanya kerana permainan nanoblock, dua lelaki sanggup memotong barisan menyebabkan pelanggan yang lain berang dan kecoh di sebuah restoran McDonald's di Jalan Bakri, Muar.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam Khamis itu, dua lelaki terbabit lewat tiba di restoran itu yang mula menjual set baru permainan tersebut dan mengambil keputusan untuk memotong barisan dengan terus memandu kereta ke arah tempat jualan.

Kakitangan restoran bagaimanapun menasihati mereka agar kembali beratur. Malangnya mereka enggan berbuat demikian dan mengalihkan kereta mereka. Tindakan mereka itu menyebabkan pelanggan yang lain berang dan memaksa pihak restoran menghubungi polis untuk menghalau dua lelaki itu.

Difahamkan, McDonald's menjual 7 set nanoblock berkenaan untuk dikumpul oleh pelanggan dan set yang dijual pada Khamis adalah set yang terakhir untuk melengkapkan koleksi. Setiap restoran hanya dibekalkan dengan 400 buah set dan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua set maksimum berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Oleh kerana pembelian hanya dapat dilakukan melalui drive thru, laluan masuk ke restoran terbabit menjadi sesak kerana ada yang telah beratur seawal jam 8 malam meskipun set permainan itu dijual pada tengah malam. - THEHYPEMEDIA.COM

loading...

0 Response to " Isu Semasa :- Pelanggan McDonald's Kecoh Gara-Gara Set Terakhir Nanoblock Ini. Apa Yang Best Sangat Ni. Sampai Panggil Polis Tu.. Mc Donald Nyer Pasal. Huhu"

Post a Comment