facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Datuk Seri S. Subramaniam TERKEDU ! !

loading...

PUTRAJAYA - Polis mengesahkan serbuk putih yang mengemparkan kakitangan pejabat Menteri Kesihatan adalah serbuk Vitamin C, bukannya serbuk yang membahayakan, berdasarkan keputusan ujian Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Semalam, kakitangan tingkat 13 itu panik apabila serbuk yang dihantar oleh pengirim yang tidak diketahui itu telah menyebabkan kakitangan yang membuka bungkusan itu mengalami kegatalan. Insiden itu menyebabkan mereka panik lalu menghubungi pihak bomba dan polis. 

Bungkusan serbuk yang diletakkan dalam bungkusan A4 Double A itu dihantar melalui kiriman pos laju ke pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, semalam. Bagaimanapun, pengirimnya tidak dapat dikesan berikutan menggunakan alamat palsu dan motifnya juga tidak diketahui.

Sementara itu di media sosial, netizen membuat spekulasi bahawa bungkusan itu berkemungkinan besar telah dihantar oleh individu yang berang dengan tindakan pihak kementerian yang merampas cecair vape yang dilakukan baru-baru ini menyebabkan ramai peniaga vape mengalami kerugian berjuta ringgit. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...

0 Response to "Datuk Seri S. Subramaniam TERKEDU ! ! "

Post a Comment