facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'BERHENTI GANGGU MAHATHIR!' - ANWAR

loading...


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Astro Awani.

Dalam satu perutusan melalui peguamnya semalam, Anwar menyuarkan kebimbangannya setelah mendapat tahu Tun Dr Mahathir disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis semalam.

"Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidka melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB. 

"Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam," katanya dalam kenyataan itu.

Tun Dr Mahathir semalam diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.

Anwar juga turut menyeru agar gangguan terhadap Dr Mahathir dan individu lain dihentikan kerana mereka hanya melakukan tugas mereka untuk menyuarakan kesilapan dan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan.

"Kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat berbanding menyiasat Dr Mahathir," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

loading...

0 Response to " 'BERHENTI GANGGU MAHATHIR!' - ANWAR"

Post a Comment