facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Niat hendak menyelamatkan bayi di tinggal di dalam kereta. Tetapi lain pula jadinya.

loading...
NGATKAN bayi, rupa-rupanya ia adalah patung bayi..
Itu yang berlaku di sebuah hospital di West Midlands, United Kingdom apabila pihak polis terpaksa mengambil keputusan memecahkan cermin tingkap kereta kerana menyangkakan seorang bayi terperangkap dalam kenderaan berwarna biru yang dipandu oleh Delesia Vauxhall Corsa.
Yang sebenarnya ‘bayi’ itu adalah patung mainan bayi milik adik Delesia, Janaih Rattray, 10, yang ditinggalkan dalam kenderaan kakaknya itu sebelum mereka melawat orang sakit di hospital tersebut.



Pejalan kaki yang perasan kelibat bayi dalam kereta lantas memanggil jururawat yang bertugas sebelum jururawat itu memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Cemas dengan situasi itu yang mungkin membawa kepada kematian, polis terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta tersebut.
Menurut Delesia, patung adiknya itu memang kelihatan macam bayi sebenar namun kalau dilihat daripada tangan patung itu ia sama sekali tidak sama seperti bayi sebenar.
“Saya faham kenapa mereka terpaksa memecahkan cermin tingkap sebab mereka tersalah faham ingatkan ada bayi yang ditinggalkan sendirian dalam kereta,” kata Delesia.
Ketua Inspektor West Midlands, Phil Dolby berkata pihak mereka akan membayar ganti rugi kepada Delesia dan memuji tindakan dua pegawainya yang mengambil langkah sewajarnya dengan memecahkan cermin tingkap itu. – MYNEWSHUB.CC


loading...

0 Response to "Niat hendak menyelamatkan bayi di tinggal di dalam kereta. Tetapi lain pula jadinya."

Post a Comment