facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

6 sebab kenapa anda perlu minum kopi setiap hari. Sebab yang mustahil untuk anda tolak kopi !

loading...
HARI Kopi Antarabangsa sebenarnya disambut pada 29 September setiap tahun.
Banyak kebaikan minuman berkafein ini sekiranya anda merupakan peminum tegarnya.
Nak tahu kebaikannya, jom semak!


1. Meningkatkan kualiti kehidupan seks anda.
Satu kajian menunjukkan lelaki yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari mampu memberikan ereksi tahan lama ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya.
2. Baunya yang sangat sedap.
Ada sebabnya kenapa wujud frasa ‘wake up and smell the coffee’. Dari jauh anda sudah boleh bau harum kopi. Kaya dengan aromanya, minum kopi membuatkan anda tidak mudah mengantuk. Cubalah!
3. Baik untuk jantung.
Satu kajian yang dilakukan pada 2006 menunjukkan individu yang minum kopi 20 peratus kurang mendapat penyakit kegagalan hati, seperti mana yang sering dialami orang yang ketagih alkohol.
4. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Menerusi kajian saintifik juga terbukti bahawa peminum kopi tegar kurang mendapat risiko penyakit mudah lupa atau Alzheimer yang sering kala dikaitkan dengan warga emas.
5. Menjadi seorang atlit yang cemerlang.
Merancang menyertai larian marathon minggu ini? Jangan lupa ambil dos secawan kopi sebelum memulakan larian. Menurut laporan New York Times, dengan minum secawan kopi sebelum buat senaman, anda mampu beri prestasi sukan yang terbaik memandangkan kopi bertindak bakar lemak yang terdapat dalam badan.
6. Kopi menjadikan kita lebih bahagia.
Kopi boleh menjadikan kita individu yang lebih bahagia. Menurut Akademi Neurologi Amerika Syarikat, kekerapan mengambil kopi boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit kemurungan.
loading...

0 Response to "6 sebab kenapa anda perlu minum kopi setiap hari. Sebab yang mustahil untuk anda tolak kopi !"

Post a Comment