facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

INTERNET SLOW !!! , Lim Kit Siang dakwa "LINE INTERNET KITA SLOW" anda setuju??? . Tapi ada seorang "hamba Allah" ni cakap "Mana ada slow. Banyak pakej korang pilih mana korang suka" Hurm bayar dah la mahal, LINE SLOW GABAN !!!

loading...

SEBELUM ini otai pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang ada merungut mengenai masalah Internet perlahan yang berlaku dalam negara.
Dari sudut politiknya, Kit Siang menuduh kerajaan tidak mengambil peduli tentang kemajuan dan peningkatan Internet dalam negara ini.
Namun, rungutannya itu menerima bidasan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Salleh menyifatkan yang alasan kelajuan talian Internet di Malaysia adalah bergantung kepada jenis tetapan pakej langganan yang disediakan.
Apa yang kami boleh katakan ialah, ada betulnya juga sepertimana yang dinyatakan oleh Kit Siang walaupun mungkin dia mempunyai ‘agenda’ lain untuk menghentam negara.
Menerusi laporan kajian yang dikeluarkan oleh syarikat teknologi Akamai, berkenaan kelajuan Internet di seluruh dunia, Malaysia disenaraikan di tempat ke-70 di dunia yang mana kadar secara keseluruhan kelajuan Internet adalah sebanyak 5.0 Megabit sesaat (Mbps).
Dalam kata lainnya, Malaysia berada di belakang Sri Lanka dan Thailand bagi purata kelajuan Internet dari segi dekstop mahupun peranti mudah alih sepertimana yang dirujuk pada carta suku kedua tahun 2015.


Haa, amacam? Tak nak tepuk dahi?
Sri Lanka berada di tangga ke-65 dan negara jiran Thailand pula berada di tangga 42 secara keseluruhan dengan kelajuan purata Internet mereka masing-masing sebanyak 5.3 dan 8.6 peratus.
Untuk pengetahuan, laporan kajian ini mengambil kira sebanyak 117 negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang aktif menggunakan talian Internet.
Perkara ini sekali gus meletakkan Malaysia antara negara yang berkembang maju namun mempunyai kadar kelajuan Internet yang agak menyedihkan.
Sementara Korea Selatan kekal sebagai negara unggul yang bertahun-tahun menduduki tempat pertama di dalam kelajuan Internet.
Lebih menambahkan kekecewaan kami ialah hari ini saja, kadar kelajuan Internet di pejabat kami adalah begitu perlahan walaupun kami sedia menggunakan pakej kelajuan yang terbaik seperti mana yang tawarkan oleh pihak Telekom Malaysia (TM).


GAMBAR HIASAN
Apa yang dicanang-canangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia berkenaan ‘kepelbagaian kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia’ adalah sama sekali kurang tepat dari segi ‘kepelbagaian’.
Ini bermaksud  hanya penyedia tunggal yang memonopoli penyediaan prasarana telekomunikasi, iaitu TM sahaja lah yang sebenarnya ditawarkan.
Serta penawaran pakej premium dengan harga bulanan berbeza yang dikatakan terbaik dari segi kelajuan Internet sebenarnya masih terdapat kelemahan jika dirujukan kepada situasi sebenar.
Bagaimana pula dengan perkembangan semasa Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad pada tahun 1996?
Negara kita menjadi negara paling awal yang cuba menceburi dunia siber serta pelancarannya dihadiri nama besar dunia IT seperti Bill Gates.
Negara-negara lain di rantau Asia masih belum menyedari potensi Internet, namun setelah hampir dua dekad berlalu dan MSC yang dibanggakan kini jarang sekali didengari, harapan menjadi kuasa besar atas talian juga tidak kita kecapi.
Di manakah silapnya sehingga negara jiran seperti Thailand berjaya mendahului dari segi kemajuan jalur lebar Internet?
Apa yang boleh dipelajari ialah, kerajaan seharusnya mengambil kisah kejayaan Korea Selatan dari segi kemajuan teknologi jalur lebar mereka.
Dilaporkan, kadar penyambungan Internet yang tergendala boleh dikatakan tidak pernah berlaku di sana.
Serta pengalaman rakan-rakan yang melancong menyifatkan sekiranya berada di dalam hutan sekalipun, signal talian masih lagi menunjukkan pada kadar yang penuh.
Jika di Malaysia? Di beberapa kawasan bandar kecil pun belum tentu lagi signal talian menunjukkan penyambungan capaian yang kuat.
Berbalik kepada kenyaataan yang dikatakan oleh pembangkang, ada betulnya juga jika perkara tersebut dikaji semula.
Bak kata pepatah, ‘buanglah yang keruh, ambilah yang jernih’.
Persoalan dari kami ialah, bagaimana yang diperkatakan mengenai wawasan negara maju menjelang tahun 2020 nanti? Adalah kelajuan Internet negara masih lagi setanding dengan Sri Langka pada waktu tersebut? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd

loading...

0 Response to "INTERNET SLOW !!! , Lim Kit Siang dakwa "LINE INTERNET KITA SLOW" anda setuju??? . Tapi ada seorang "hamba Allah" ni cakap "Mana ada slow. Banyak pakej korang pilih mana korang suka" Hurm bayar dah la mahal, LINE SLOW GABAN !!!"

Post a Comment