loading...
Tajuk Utama: Kemalangan Di Lebuh Raya KesasLUMBA HARAM, SALAH SIAPA?
Saya terpanggil untuk menulis mengenai isu mat-mat rempit dan mat-mat kereta. Punca mereka merempit selain dari keadaan rumah yang sempit, orang yang terlalu ramai di kawasan rumah mereka, adalah keinginan untuk memiliki kereta supaya dapat memandu laju seperti pemandu Formula One (F1) dan lain-lain. Tetapi, bagi saya yang terlalu meminati dunia perlumbaan kereta sudah pasti mengikuti saluran yang halal.
Selain dari punca-punca berkenaan, saya juga berpendapat bahawa punca lumba haram yang melibatkan baik mat-mat rempit dan mat-mat kereta adalah kerana kerajaan yang telah memperkenalkan dunia perlumbaan kepada rakyat Malaysia, tidak menyediakan tempat-tempat perlumbaan yang strategik dan murah di Malaysia ini.
Saya telah mengikuti dunia perlumbaan di Malaysia semenjak berumur 15 tahun sehingga kini. Dari trek Batu Tiga Shah Alam, Jempol, Nilai 3 dan yang terakhir sekali dan masih berjalan adalah di Sepang. Terus terang saya katakan, ruang untuk anak-anak muda untuk melepaskan gian sudah semakin terhad.
Mereka (Kerajaan & Pengarah Filem) yang bertanggungjawab memperkenalkan Valentino Rossi, Michael Schumacher, filem-filem lumba di Malaysia. Perasaan untuk menjadi mereka sudah pasti wujud pada anak-anak muda Malaysia yang sukakan dunia kepantasan. Dunia perlumbaan sudah wujud dari zaman dulu lagi. Rasulullah S.A.W juga meminati perlumbaan tetapi pada waktu itu, perlumbaan bukannya kereta tetapi kuda dan unta.
Saudara-saudari juga harus tahu, peminat dunia perlumbaan sekarang terpaksa melepaskan gian mereka di Litar Sepang. Namun, Litar Sepang terlalu banyak karenah birokrasinya. Dari pengurusan litar sehinggalah ke yuran pendaftaran yang mahal. Ramai yang merungut.
"Kenapa tak bagi saja budak-budak ini berlumba secara percuma? Kata kerajaan kaya?"
Jadi, nak free punyal pasal, maka berlumbalah mereka di lebuh raya. Salahkah mereka? Lihat saja salah satu daripada mereka yang menyertai perlumbaan di Sepang, sudahlah banyak karenah, yuran tinggi, namun penyediaan kemudahan untuk perlumbaan masih lemah dan lembab.
Jika beginilah perangai dan sikap pengurusan Litar Sepang, jangan harap lumba haram di jalanan dapat diselesaikan. Sudah pasti mereka yang begitu meminati dunia perlumbaan akan kembali semula ke jalanan.
Lumba haram di lebuh raya, jalan raya, jalan-jalan kampung tetap akan ada. Saya tetap meletakkan kesalahan ini di atas bahu Kerajaan Malaysia. Mereka yang memperkenalkan dunia perlumbaan namun tempat untuk anak-anak muda berlumba amat teruk dan pengurusannya pula banyak karenah birokrasi.
Jika di litar, pengurusan umpama sampah, ditambah pula dengan harga yang mahal, lebih baik berlumba di jalanan walaupun tiada pengurusan dan tiada bayaran. Dan itu lebih baik bagi mereka daripada terasa sakit hati di Litar Sepang.
Bagaimana mat-mat motor? Ada kah tempat untuk mereka berlumba? Ada sesiapa boleh jawab?
Benar, saya akui walaupun litar yang selamat diadakan, perangai untuk berlumba di jalanan akan tetap ada. Sekurang-kurangnya kadar lumba haram dapat dikurangkan. Tidak guna kita membelasah mereka di jalanan. Tidak guna juga kita membuat tangkapan besar-besaran dan bila ditangkap, dipukulnya mereka di tepi jalan. Kerana, kekasaran itu suatu hari nanti pasti akan dibalas dengan kekasaran.
Sediakanlah litar yang selamat dan murah kepada mereka supaya mereka ada tempat untuk melepaskan gian.
Walau bagaimanapun, jika ada yang meragut, memukul, dan menjadi samseng, mereka yang terlibat itu bukannya mat-mat rempit. Itu hasil daripada pertubuhan samseng yang dihalalkan oleh sesetengah pihak. Mereka inilah yang merekrut anak-anak muda, mat-mat kereta dan mat-mat rempit serta menukar perwatakan mereka menjadi jahat, samseng jalanan.
Saya sebahagian dari kelompok anak-anak muda yang sukakan kepantasan. Perubahan sahabat-sahabat saya yang memasuki pertubuhan ini amat ketara. Mereka inilah yang melakukan kejahatan di jalanan. Mereka inilah yang memukul insan-insan yang lemah di jalanan. Mereka inilah yang meragut di jalanan.
Kesimpulannya, kepada kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh sesiapa sahaja, binalah litar yang selamat dan murah kepada golongan ini. Percayalah, kes lumba haram di jalan raya, lebuh raya akan turun. Jangan dibelasah mereka dulu, kasihanilah mereka. Mereka berbeza dari insan-insan yang lahir dari 'perut' pertubuhan samseng.
Buat mat-mat kereta dan mat-mat rempit, bersatulah. Desak kerajaan untuk membina litar yang lebih murah dari Sepang dan selamat. Yang tidak banyak karenah seperti pengurusan Litar Sepang.
Sekian, Motorsport for live! - Lat Fatt Chua
loading...
0 Response to "SALAH KERAJAAN !!!, Itu lah jawapan punca kemalangan dahsyat yang menjadi VIRAL hari ini, Kenapa salah kerajaan pula??? Korang yang berlumba BAGAI NAK GILER !!!!, Jom baca sini luahan yang mungkin korang boleh terima dan mungkin juga tak boleh terima. MEMANG PANAS !!!!"
Post a Comment