facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"Mengaku la, buang ego" - Linda Rafar. Adakah Syed masih sayang atau pura - pura buat lupa? Linda berang suami tak mengaku menceraikan beliau

loading...


Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, hari ini telah menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Difahamkan, Linda tiba di mahkamah pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarga.

Terdahulu, Linda memberitahu akan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal menghadirkan diri kerana tidak sihat.


Linda mendedahkan suaminya, Syed melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu.

Dalam pada itu, Linda mengakui bahawa dia sudah tawar hati dengan suaminya selepas mendakwa dirinya diceraikan pada Selasa lalu.

Malah dirinya trauma dan fobia dengan kemelut yang melanda rumah tangganya itu lebih-lebih lagi apabila kini sedang hamil tiga bulan.




"Saya binggung dan sedih sebab tidak tahu apa punca sebenarnya. Ketika kejadian saya terpingga-pingga," ujar Linda ketika ditemui media di mahkamah.

Setelah mendapat nasihat kakak dan ibunya, Linda membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah supaya perkara itu lebih jelas.

"Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan terbaik," jelasnya.





Beliau juga mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga kemungkinan dan mengakui tindakan itu diambil setelah bersabar terlalu lama.

Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak media.

"Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya mereka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku," katanya.




Linda dalam nada sebak berkata, tidak ada siapapun yang mahu perkara ini terjadi lebih-lebih lagi beliau yang baru kehilangan anak dan sedang hamil. Bagi dirinya, semua yang terjadi adalah dugaan hidup dan berharap akan terus kuat.

Di tanya adakah beliau sedia kembali menjalani hidup bersama suami sekiranya lafaz cerai itu tidak sah, Linda diam seketika.

"Saya fobia anda ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dan saya rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami," tambahnya.

Sumber: BH 

loading...

0 Response to ""Mengaku la, buang ego" - Linda Rafar. Adakah Syed masih sayang atau pura - pura buat lupa? Linda berang suami tak mengaku menceraikan beliau"

Post a Comment