loading...
!@#~BUDAPEST - Jurukamera wanita Hungary yang mencetuskan kemarahan seluruh dunia setelah dirakam sengaja membentes kaki seorang pelarian Syria menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana panik."Saya menonton semula video yang dirakamkan itu dan secara jujurnya saya kesal dengan apa yang telah saya lakukan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya," tulis Petra Laszlo dalam satu surat kepada Magyar Nemzet yang disiarkan di laman rasmi akhbar berkenaan.
Dalam video rakaman koresponden yang terlibat dalam insiden itu, Laszo, 40, dirakam membentes kaki seorang pelarian Syria yang sedang mendukung anak sehingga menyebabkan mereka tersungkur ketika melarikan diri dari pihak berkuasa Hungary di sempadan negara itu.
Akibat dari tindakan itu, Laszo dipecat oleh majikannya, N1TV serta akan dikenakan tindakan undang-undang. Laszo ditahan pihak polis untuk diambil keterangan pada Khamis lalu dan dibebaskan pada hari yang sama.
"Hanya sekarang saya berpeluang untuk memberikan penjelasan dan saya masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi pada saya," katanya.
"Saya pada ketika itu sedang merakam video di mana beratus pelarian Syria sedang melarikan diri. Salah seorang daripada mereka berlari ke arah saya dan menyebabkan saya panik.
"Saya ketakutan, ditambah pula dengan kamera di tangan menyebabkan saya tidak dapat melihat sesiapa yang meluru ke arah saya. Saya fikir yang saya akan diserang dan saya perlu mempertahankan diri.
"Sebagai seorang ibu, saya memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa kanak-kanak terbabit. Saya tidak menyedarinya. Bukannya mudah untuk membuat keputusan yang tepat ketika berada dalam keadaan panik.
"Saya hanyalah wanita yang kini sudah hilang pekerjaan dan seorang ibu kepada anak yang mana telah membuat keputusan yang tidak wajar dalam keadaan panik," katanya yang juga menyatakan dia menerima banyak ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali.
loading...
0 Response to "MELAMPAU. ! ! ! , Jawapan yang di berikan jurukamera yang menendang kaki pelarian Syria ini menyakitkan hati saya. Korang baca la sendiri. Melampau betol ! !"
Post a Comment