loading...
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju menafikan terlibat dengan insiden kekecohan sekumpulan peserta perhimpunan baju merah di Jalan Petaling.
Beliau mendakwa sekumpulan individu yang hadir pada perhimpunan aman itu sengaja mencetuskan provokasi.
Namun, beliau menegaskan tidak terlibat dengan kumpulan terbabit.
"Mereka tidak bertanggungjawab. Mereka (pengacau) berada di sana untuk mencetuskan provokasi.
"Apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012. Kami tidak dibenarkan untuk menghina agama lain.
"Saya harap polis dan pihak berkuasa akan mendakwa mereka sekiranya terbukti bersalah.
"Terdapat sekumpulan bekas komando dan anggota tentera berada di sana untuk memantau keselamatan peserta di pusat pemeriksaan ditetapkan. Tiada seorang pun ahli saya terlibat dalam kekecohan itu," katanya ketika dihubungi The Star Online.
Pada petang Rabu, sekumpulan peserta baju merah di Petaling Street enggan bersurai selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan air ke arah mereka.
"Perhimpunan itu berjalan dengan aman dan saya tidak melihat sebarang masalah. Saya hanya menyaksikan sekumpulan rakyat bersatu. Kami mematuhi peraturan dan menghormati pihak berkuasa.
"Kehadiran peserta amat menggalakkan terutamanya di kalangan orang Melayu. Saya rasa lebih 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu," katanya.
Nama Mohd Ali tidak asing lagi di negara ini kerana sering mencetuskan kontroversi.
Beliau pernah dipanggil polis berhubung ucapannya berikutan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Mohd Ali kemudiannya disiasat di bawah Akta Hasutan.
loading...
0 Response to "Kejadian yang sangat menakutkan ketika perhimpunan "Himpunan Rakyat Bersatu" semalam. Ada individu ambil kesempatan ! ! ! mereka telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima akal ! ! , mybe polis juga telah terlepas pandang. Hope ada tindakkan segera dari pihak berkuasa. MELAMPAU ! ! !"
Post a Comment