loading...
SAINT-DENIS DE LA REUNION: Hampir dua bulan selepas serpihan pesawat MH370 ditemui di Pulau Reunion, satu lagi objek besar dikesan terapung di luar kawasan pulau sama.
Objek tersebut dilaporkan dikesan terapung di Lautan Hindi, 70 kilometer ke barat daya Pulau Reunion, oleh seorang juruterbang Air France.
Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pulau Reunion, Siva Vadivelou memaklumkan objek itu dikesan ketika pesawat berkenaan berada pada ketinggian yang tinggi.
"Objek berkenaan sudah tentu mempunyai saiz yang besar, kerana ia boleh dilihat pada ketinggian tinggi," jelas Vadivelou.
Vadivelou memaklumkan maklumat berkenaan objek itu kemudian dilaporkan ke perkhidmatan marin Pulau Reunion.
Bagaimanapun pihak berkuasa Pulau Reunion masih tidak dapat memberikan butiran lanjut, tempoh masa yang diperlukan untuk menentukan apa sebenarnya objek tersebut.
loading...
0 Response to "GEMPAR ! ! Setelah hampir 2 bulan serpihan pesawat 370 ditemui i Pulau Reunion . Kini di gemparkan lagi dengan "OBJEK TERAPUNG" yang BESAR berlegar di sekitar pulau tersebut ! ! ! Adakah ia bersangkut paut dengan punca kehilangan pesawat tersebut?????"
Post a Comment