facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

CISSSS !!! Ini sebabnya kenapa US "MENGILA" nak siasat Najib. Kita TERTIPU lagi dengan agenda BARAT !!!!! Geramnya aku !!!

loading...
TOPIK utama di Malaysia hari ini didominasi dengan artikel akhbar The New York Times (NYT) yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak konon sedang disoal selidik oleh juri persekutuan untuk dakwaan rasuah.

NYT juga pernah menyiarkan temu bual Tun Mahathir pada Jun lalu hentam Najib, UMNO dan kerajaan Malaysia pada hari sama Menteri Luar, Anifah Aman sepatutnya hadir berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York.
Ini menyebabkan Anifah menulis surat terbuka kepada NYT dan mengkritik Tun Mahathir atas sikap biadap beliau dengan menyatakan kekesalan terhadap negarawan itu merendahkan Malaysia menggunakan media asing.
Menakjubkan, kini sekali lagi merupakan sesi persidangan PBB  – pertama kali sejak Jun. Malah, Najib sedang dalam perjalanan ke New York untuk  Perhimpunan Agung PBB serta sambutan ulang tahun ke-70 pertubuhan itu.
Pemilihan masa untuk penerbitan artikel ini sangat mencurigakan dan dilihat seolah-olah sengaja dirancang serta dilakukan memang khas untuk memalukan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia dalam persidangan tersebut.

Baca: AS Tiada Hak Ganggu Najib Hanya Sebab Artikel WSJ, NYT

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan beberapa perkara dari artikel NYT pada hari ini:
1) Individu-individu yang disoal siasat ialah anak tiri Najib (anak Rosmah Mansor dari perkahwinannya yang terdahulu), Riza Aziz dan juga rakan beliau, Jho Low.
NYT menyatakan Najib juga konon bakal disoal siasat kerana kemungkinan Riza mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan Rosmah dengan Najib, manakala Jho Low merupakan rakan beliau.
Ia agak lucu dan sekadar makluman amat penting untuk diketahui bahawa Najib tidak disoal siasat secara langsung ke atas dakwaan rasuah kerana beliau tidak pun mempunyai harta yang diisytiharkan di AS.
Pada ketika ini, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa Jho Low telah ada syarikat di Malaysia sejak 2007 dan 2008 – sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan 1MDB masih belum wujud.
Beliau sememangnya sudah sedia kaya dan mempunyai hubungan kewangan yang serius  melalui hubungan persahabatan dan kerjasama dengan keluarga-keluarga DiRaja di rantau Asia Barat.
Selain itu, Riza telah menghasilkan filem sejak 2010. Sebelum itu, Riza yang merupakan pemegang Sarjana Muda Ekonomi dan Kerajaan serta Sarjana Sains Politik dari London School of Economics, telah mendaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan UK (FSA) dan bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di London.
Sebagai penerbit, Riza juga bertindak mencari pelabur untuk projek filem. Ini tidak bermakna dia membiayai filem terbitan sepenuhnya. Riza menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelabur telah membiayai projek filem beliau.
Tetapi, Riza ternyata berjaya dalam menerbitkan The Wolf of Wall Street yang mengaut untung lebih AS$400 juta seluruh dunia berdasarkan jualan tiket dan DVD – tersenarai dalam 200 filem komersial terbaik sepanjang zaman.
Malah menewaskan filem seperti Superman Returns, Ice Age, Mad Max Fury Road, Batman Begin dan lain-lain. Filem terbaru Riza iaitu Dumb and Dumber II turut berjaya dan mengaut kutipan AS$170 juta dalam jualan tiket.
Ini memberi bukti jelas bahawa Riza memang mempunyai kepintaran untuk memperoleh kekayaan dan kita tidak patut berasa cemburu akan kejayaan di Hollywood kerana ia adalah atas titik peluh dan rezeki beliau sendiri.
2) Pembelian hartanah yang diperkatakan bertarikh Oktober 2012. Namun, NYT telah mengaitkan ia dengan AS$681 juta (RM 2.6 billion) yang telah didepositkan oleh penyumbang dari Timur Tengah ke dalam akaun Najib.
Konon ia didepositkan pada Mac 2013, sebelum Pilihan Raya ke-13. Aneh NYT mengaitkan penjualan apartmen lama dengan duit didepositkan kemudian itu – melainkan pembelian dilakukan secara hutang seperti buku 555.
3) Pembelian hartanah ini telah didedahkan NYT pada 8 Februari tahun ini, sekitar masa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas tuduhan sodomi. Menariknya, NYT turut ambil inisiatif menterjemah artikel mereka.
Ajaib ia disiarkan juga dalam bahasa Mandarin dan Melayu, seolah-olah begitu ramai rakyat Malaysia di New York. Ini juga amat aneh kerana tiada satu pun artikel disiarkan NYT sebelum ini ada versi bahasa Melayu.
4) Penyiasatan di AS telah bermula selepas portal Sarawak Report membuat aduan rasmi di AS pada Mac 2015 seakan-akan menuduh pihak berkuasa AS sengaja tidak mengambil serius perkara tersebut.
Kerajaan AS dituduh membiarkan ‘penjenayah’ seperti Jho Low dan Najib bebas tanpa dikenakan tindakan. Aduan terhadap Najib kepada pihak AS turut dibuat oleh orang kuat Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan.
Juga bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Matthias Chang yang berkata mereka berdua telah bercakap dengan Kedutaan AS dan dijadualkan untuk ke New York pada minggu ini untuk bertemu dengan FBI berkenaan 1MDB.
Mereka berdua juga telah pergi ke serata dunia memfailkan kes rasuah terhadap Najib dan 1MDB dengan pihak berkuasa Switzerland, Perancis, England, Singapura dan Hong Kong.
Apabila kes difailkan, penyiasatan akan dibuka menurut undang-undang pihak berkuasa. Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report menyiarkan isu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang telah disiasat oleh ICAC.
Ia berhubung dengan kes ahli perniagaan, Michael Chia yang ditangkap pada tahun 2008 kerana membawa wang tunai RM40 juta ke Hong Kong konon ia sumbangan dana politik pihak luar kepada kerajaan Sabah.
Sarawak Report turut menyertakan segala dokumen dan carta aliran dalam ‘pendedahan’ mereka berkaitan Musa dengan artikel bertajuk ‘Hold On Trust For Aman’ – More Devastating Evidence From The ICAC Investigation!
Dengan bukti dan dokumen mereka yang kononnya ‘lengkap’, sesiapa yang membacaSarawak Report akan mudah mempercayai kesalahan dilakukan Musa dan ICAC sepatutnya menyumbat Musa Aman ke dalam penjara.
Namun, pada Disember 2012, pihak berkuasa ICAC telah menulis surat kepada Musa Aman dan menyatakan beliau tidak lagi di bawah siasatan berkaitan rasuah sumbangan RM40 juta kepada pihak UMNO negeri.
ICAC menerangkan kepada Musa Aman bahawa siasatan dilakukan selepas menerima aduan terhadap beliau oleh Sarawak Report, menyatakan bahawa ia dikehendaki oleh undang-undang rasuah Hong Kong.
Tetapi menurut agensi itu, berdasarkan siasatan penuh ICAC dengan Jawatankuasa Kajian Operasi, kedua-dua pihak bersetuju tidak meneruskan kes atas sebab bukti yang telah diketahui menunjukkan Musa tidak bersalah.
Surat berkenaan ICAC Hong Kong itu (seumpama SPRM di Malaysia) telah ditandatangani oleh ketua penyiasat suruhanjaya tersebut, Tao Wai-Yan dan dialamatkan kepada Musa di pejabat rasmi beliau di Kota Kinabalu.
ICAC ambil masa 4 tahun untuk membersihkan nama Musa Aman tetapi Sarawak Report dan Pakatan Rakyat masih guna isu rasuah Musa dan sering memetik konon beliau sedang dibawah penyiasatan ICAC.
Pihak pembangkang dengan angkuh dakwa Musa konon tidak dapat ‘lari’ berikutan bukti-bukti kukuh – bermakna Musa akan dijatuhkan hukuman penjara tidak lama lagi, dan ramai orang langsung percaya dakyah jahat itu.
Namun sehingga hari ini, nama Musa telah dibersihkan oleh ICAC dan SPRM serta masih memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional serta Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut.
Pro-pembangkang, NGO SUARAM juga telah menfailkan aduan terhadap kes Scorpenekepada mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak berkuasa Perancis memulakan penyiasatan.
Malah, pada Mei 2012, SUARAM dengan bangga mengumumkan mahkamah Perancis akan minta Najib untuk beri keterangan dan pihak Perancis akan arahkan Interpol Red Notice untuk tahan Najib jika beliau menolak hadir.
Tiga tahun kemudian, lima tahun selepas laporan pertama dibuat oleh SUARAM, kita masih menanti pihak mahkamah Perancis kononnya bakal memanggil Najib untuk memberi keterangan.
Sebaliknya, hasil siasatan menunjukkan keputusan tidak dijangka oleh Pakatan dan SUARAM apabila mahkamah Perancis membuktikan Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis waktu itu.
Malah pada masa yang sama Altantuya tidak pernah dilantik sebagai penterjemah di mana semua perundingan proses pembelian kapal selam Scorpene hanya menggunakan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Perancis.
Artikel NYT pada hari ini juga mengakui bahawa penyiasatan pihak Juri Persekutuan terhadap Najib masih lagi di peringkat permulaan dan kononnya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai.
Hal ini menunjukkan, pihak-pihak yang menentang kerajaan menggunakan taktik memfailkan kes kepada pihak berkuasa di luar negara, lantas ‘memaksa’ negara-negara terbabit menerima aduan dan memulakan penyiasatan.
Proses penyiasatan ini pasti akan mengambil masa yang lama, namun sepanjang ia berlangsung, mereka akan berulang kali terus memainkan isu berkenaan – di dalam atau luar negara seolah-olah Najib sudah dihukum.
Ia akan menjadi tajuk berita yang bagus – terutamanya kepada akhbar luar negara – di mana pihak pembangkang akan guna isu ini dan menyatakan ianya memalukan negara di peringkat global dengan bukti-bukti yang kukuh.
Keadaan itu akan menyebabkan kerajaan asing perlu campur tangan untuk menyiasat serta pemimpin-pemimpin negara akan ditangkap dan dipenjara jika mereka pergi ke luar negara. Inilah dakyah jahat pembangkang!
Walaupun tidak mengaku, namun, pihak pembangkanglah yang dalang membuat aduan di luar negara dan menyebabkan proses penyiasatan dimulakan sehingga menyebabkan negara menjadi topik perbualan dunia.
Ia semata-mata untuk merosakan imej kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita. Kerajaan asing tidak sewenang-wenang memulakan penyiasatan ke atas kerajaan atau negara lain melainkan aduan rasmi telah difailkan.
Tetapi, individu-individu ini tidak memperdulikan fakta itu. Mereka tidak berminat cari kebenaran, sebaliknya hanya ingin menjatuhkan individu lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia tidak menjadi perhatian mereka.
Tun Mahathir juga bersalah apabila menyatakan Najib berasa takut untuk ke luar negara kerana beliau konon akan ditangkap. Sebaliknya, cerita sebenar Najib berada di Britain untuk menghadiri beberapa mesyuarat rasmi.
Perdana Menteri kemudian akan menjelajah ke AS untuk sambutan ulang tahun PBB selama beberapa hari. Ironi Tun Mahathir juga mengeluarkan beberapa kata-kata sinis apabila menyatakan beliau lupa akan kelebihan imuniti kepada ketua negara dan fakta yang penyiasatan luar negara akan memakan masa selama bertahun.
Pada ketika ini, Khairuddin masih direman dan di bawah penyiasatan polis. Mungkin tidak lama lagi kita akan tahu siapa yang mengeluarkan arahan dan membiayai beliau dan Matthias Chang untuk ke seluruh dunia.
Mereka berdua hanya ‘budak suruhan’ bertugas memfailkan beberapa laporan rasuah terhadap Najib dan kemudian mengaitkan beliau dengan akhbar-akhbar asing. Sungguh licik ‘permainan’ jahat ini!
Walhal 8 bulan lepas, Khairuddin masih lagi muflis dan kondominiumnya dilelong. Anehnya, sebulan selepas itu Khairuddin mula menyerang 1MDB, membayar semua hutang beliau malah keluar negara memfailkan laporan polis ke Switzeland, Perancis, UK, Singapura, Hong Kong serta lawatan ke AS yang telah digagalkan.
Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut tiada masalah untuk membiarkan campur tangan negara luar, asalkan objektif politik mereka tercapai. Ini akan menjadi satu topik menarik – bergantung pada apa atau siapa yang Khairuddin akan dedahkan di bawah soal siasat PDRM.
Pada Najib, jika pihak berkuasa di AS, Hong Kong, Switzerland, Singapura, Perancis dan Britain membersihkan nama beliau daripada tuduhan RM2.6 billion, maka tiada sesiapa dapat mengaitkan beliau dengan isu itu lagi.
Tetapi, ia akan hanya berlaku beberapa tahun lagi, sementara itu pihak yang memusuhi Najib akan kembali dengan tuduhan baru dan meneruskan taktik memfailkan laporan di luar negara serta bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk memalukan dan memberi tekanan kepada Najib.
Mereka telah melakukannya, mereka masih melakukannya dan mereka akan terus melakukannya lagi pada masa hadapan kerana ianya mudah, murah dan memberikan mereka beberapa tahun lagi untuk menyerang musuh mereka secara politik. Sama ada ianya adil atau tidak, itu suatu hal yang lain. – MYNEWSHUB.CC
loading...

0 Response to "CISSSS !!! Ini sebabnya kenapa US "MENGILA" nak siasat Najib. Kita TERTIPU lagi dengan agenda BARAT !!!!! Geramnya aku !!!"

Post a Comment