facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Allahuakhbar !!!! , Jemaah haji diuji lagi. Kren runtuh, tanah runtuh. Dan terkini REMPUHAN JEMAAH ketika melontar Jamrah !!!, begitu tinggi dugaan mereka disana. Dan ramai Syahid di tempat IDAMAN semua MUSLIMIN di dunia. Al fatihah !!!

loading...
DUBAI - Lebih kurang 310 jemaah haji maut, manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpisak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan 204, di jalan raya antara penempatan para jemaah, di bahagian timur 5 kilometer dari Mekah, ketika ratusan ribu jemaah sedang giat mengerjkan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji.



Video selepas kejadian rempuhan di Mina
Video selepas kejadian rempuhan di Mina. Berita selanjutnya - http://goo.gl/OMhLCe
Posted by My Media Hub on Thursday, September 24, 2015
Gambar-gambar yang disiarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam di laman Twitter menunjukkan ramai jemaah yang terbaring di atas pengusung. Kelihatan petugas-petugas kecemasan sedang sibuk mengangkat mangsa masuk ke dalam ambulan.

Usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan dan laluan alternatif juga disediakan untuk para jemaah yang lain bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dipercepatkan.

Punca kejadian itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan terkini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraff Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini masih belum ada laporan jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu. 

Bagaimanapun, pihak Tabung Haji (TH) sedang menjalankan operasi mengesan para jemaah haji Malaysia. 

"Setakat ini tiada lagi mangsa tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku. 

"Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini," katanya dari Makkah. . - THEHYPEMEDIA.COM
loading...

0 Response to "Allahuakhbar !!!! , Jemaah haji diuji lagi. Kren runtuh, tanah runtuh. Dan terkini REMPUHAN JEMAAH ketika melontar Jamrah !!!, begitu tinggi dugaan mereka disana. Dan ramai Syahid di tempat IDAMAN semua MUSLIMIN di dunia. Al fatihah !!!"

Post a Comment