facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Akibat terlalu percayakan "SAUDARA" akhirnya gadis berumur 14 TAHUN di r0gol bergilir2 oleh saudara sendiri !!! . Dah hilang akal agaknya manusia zaman sekarang ni. Mengalahkan haiwan !!

loading...
SEGAMAT - Selama 5 hari seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol oleh dua lelaki yang baru saja dikenali selama sebulan.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dengan keluargannya pada 25 September lalu.




Berdasarkan keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir adalah pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genaung selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.

Mangsa berjaya melarikan diri ke rumah keluarganya semasa suspek sedang tidur. 

Keluarga mangsa sebelum ini menyangka anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah namun tidak menyangka dia dikurung dan menjadi mangsa rogol.

Mangsa juga turut mendedahkan kedua-dua suspek berusia 22 dan 26 tahun mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudian ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, selepas laporan polis dibuat.

Siasatan awal mendapati, suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir agar mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.

Kedua-dua suspek juga tidak bekerja dan turut didapati positif dadah jenis Amphetamine. Suspek kini direman 7 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...

0 Response to "Akibat terlalu percayakan "SAUDARA" akhirnya gadis berumur 14 TAHUN di r0gol bergilir2 oleh saudara sendiri !!! . Dah hilang akal agaknya manusia zaman sekarang ni. Mengalahkan haiwan !!"

Post a Comment