facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Adoi, Jelita sebagai model dan pengacara. Memang sangat ANGGUN. Tapi kini di tuduh 'PENCURI TUDUNG' ape kes ni?? BIAR BETOL. korang mesti kenal punya la ARTIS ni.

loading...

Sebelum ini, Neelofa dituduh oleh seorang wanita yang menjalankan perniagaan tudung jenama Sugarscarf yang mendakwa Naelofar Hijab telah meniru rekaan tudung keluaran syarikatnya 

Kenyataan wanita berkenaan telah menjadi viral di laman sosial termasuk beberapa blog dan portal. 

Terkini Neelofa atau nama sebenarnya Nor Neelofa Mohd Noor, 26, menyifatkan pihak yang menuduhnya adalah tindakan tidak profesional. 




Menurut Neelofa, tuduhan pemilik tudung jenama Sugarscarf itu yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial sehingga menjadi viral secara tidak langsung merendahkan maruah dan integriti syarikat dan kredibiliti peribadinya. 

"Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas Naelofar Hijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. 

"Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata. 



Sementara itu, Neelofa berkata, sekiranya individu itu yakin dia meniru tudung dimaksudkan, pihak berkenaan dinasihati menggunakan khidmat peguam bagi menjelaskan isu tersebut. 

"Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan 'team' perundangan syarikat kami. 

"Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugarscarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar. 

"Malangnya, cadangan saya itu tidak diendahkan. Pihak itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial," jelasnya. 

Dalam pada itu, kata Neelofa sekiranya rekaan tersebut sudah dipatenkan, diminta pihak berkenaan mengemukakan bukti. 

"Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat," tegasnya. 


Sumber: mStar 
loading...

0 Response to "Adoi, Jelita sebagai model dan pengacara. Memang sangat ANGGUN. Tapi kini di tuduh 'PENCURI TUDUNG' ape kes ni?? BIAR BETOL. korang mesti kenal punya la ARTIS ni."

Post a Comment